KETIKA berpeluang bertemu dengan pengacara dan pelakon Sherry Alhadad di sidang media Big Stage 2022 yang diadakan di ibu kota baru-baru ini, kelihatan sosok tubuhnya yang sedikit kecut.
Ditanya apakah rahsia dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga nampak perubahan yang ketara, Sherry berkata, segalanya berlaku secara semulajadi - iaitu hasil bersenam dan penjagaan makanan.
“Alhamdulillah, saya berjaya kurangkan berat badan sebanyak 16 hingga 18 kilogram dalam tempoh tiga bulan. Pengikut dan orang ramai boleh melihat sendiri rutin senaman yang saya kongsikan di Instagram.
“Kadang-kadang bimbang pula orang akan kata saya riak pula bila dapat turun berat badan. Saya hanya berharap yang perkongsian saya ini dapat membakar semangat mereka berbadan besar untuk kekal sihat,” katanya kepada Gempak.
Ditanya adakah dia ingin melakukan pembedahan bagi mendapatkan bentuk tubuh idaman dengan cepat, Sherry berkata, dia belum terfikir ke arah itu.
“Buat masa ini saya belum terfikir untuk melalui pembedahan bariatrik atau potong usus sebagai jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Namun sebaliknya, saya lebih percaya dengan proses yang sepatutnya untuk turunkan berat badan.
“Saya percaya Allah SWT memberikan kita usus panjang itu bersebab, jadi buat masa ini saya menggunakan alternatif lain. Mungkin itu adalah alternatif terakhir saya kerana belum terfikir lagi.
“Begitupun, ia tidak bermakna saya menghakimi atau mengata mana-mana pihak. Ia hanyalah sekadar pandangan peribadi untuk digunakan pada tubuh sendiri,” kongsi pemilik nama lengkap Shariffah Mariam Syed Abdullah itu.
Melanjutkan bicara mengenai Big Stage 2022 yang bakal bermula pada 6 Februari depan, Sherry berkata, persediaannya sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Setiap tahun persediaan sama saja, cuma saya dan Alif selaku hos perlu mengekalkan momentum bagi musim keempat ini. Gementar dan tak sabar sebenarnya, perasaan itu bercampur baur,” katanya menutup perbualan.
Big Stage 2022 bakal menyaksikan pertempuran bakat-bakat muda seperti Sofiaa Marieylla, Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Yazmin Aziz, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).
Big Stage 2022 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini.
Gempak
Tue Jan 25 2022

Rahsia Sherry Alhadad menurunkan berat badan ialah dengan melakukan senaman serta mengawal pemakanan. - Gambar GEMPAK

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Isu pembedahan bariatrik, Sherry Alhadad mohon maaf...
Tiada niat Sherry pertikai hasrat orang lain buat pembedahan bariatrik.

Sherry Alhadad positif COVID-19
Memohon doa daripada peminat, Sherry berjanji akan kembali mengemudi rancangan Big Stage Ahad ini.

Sherry Alhadad turun 18 kilogram hasil bersenam, jaga makan
Sherry belum terfikir jalani pembedahan usus untuk kelihatan lansing.

Vaksin COVID-19: Tak mudah pujuk warga emas, terus kongsi info positif - Sherry Alhadad
Mempunyai pengikut yang ramai di media sosial bukan tiket untuk bermegah-megah, sebaliknya perlu menjadi medium ke arah positif.

'Saya harap tak kena buli' - Sherry Alhadad teruja ke udara bersama JoHaRa 1 Mac ini
Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Sherry Alhadad ke udara bersama JoHaRa Pagi ERA.

Sherry Alhadad gandingan terbaharu segmen pagi ERA
Segmen baharu itu dikenali sebagai 'JoHaRaRy Pagi ERA bermula 1 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Sherry Alhadad negatif ujian saringan pertama COVID-19
Sherry Alhad mengesahkan dirinya negatif COVID-19 hasil keputusan ujian saringan pertama yang dilakukan semalam.

Big Stage 2020: 'Sayang Kak Sherry' - Usop minta maaf tak sengaja 'body shame' pengacara
Usop dikecam hebat netizen kerana mempermainkan bentuk tubuh badan pengacara Sherry Alhadad.

Program bual bicara Mingguan Wanita serba baharu, tampilkan lima pengacara
Program bual bicara Mingguan Wanita tampil serba baharu musim kedua di Astro Prima dan Prima HD, bermula Julai ini.

"Pramugari penerbangan ke hati ke ni?" usikan Sherry Alhadad tarik perhatian netizen
Sherry turut berkongsi gambar di dalam kokpit kapal terbang bersama juruterbang.