awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends

Gempak
Gempak
17/01/2025
09:15 MYT
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Menerusi perkongsian di Facebook, komposer terkenal Ajai dilihat menyerahkan sampul berbentuk jemputan kepada Talita. - Gempak
ANAK perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang bakal diadakan di Singapura pada 10 Mei nanti.
Menerusi perkongsian laman Facebook shuib_familily, komposer terkenal iaitu Ajai dilihat menyerahkan sampul berbentuk jemputan kepada Talita.
Menurut Ajai dalam video berkenaan, anak kepada Allahyarham penyanyi Siti Sarah itu juga diberi peluang untuk sama-sama menyanyi dalam konsert itu kelak.
"Bukalah, jadi awak akan dijemput bersama-sama uncle untuk sama-sama menyanyi dalam konsert di Singapura.
"Siapa yang ada dalam konsert nanti? Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, abang Hazama. Suka tak?," ringkas Ajai dalam video berkenaan.
Talita dilihat tergamam dengan tawaran istimewa itu hanya kelihatan tersenyum.
"Ya Allah betul ke?," ringkas Talita.
Sementara itu, Shuib dalam hantarannya turut meluahkan rasa sebak melihat pencapaian Talita.
“Dari show paling murah kini ke show paling mahal. Tahniah Talita.
"Daddy bangga. Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey," ringkasnya.
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya berjudul Kesetiaan.
Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta. -- Gempak

Topic Berkaitan
#Shuib
#Talita
#Konsert By Ajai & Mega Friends
#Singapura
#Siti Sarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan