JURI tetap Britain's Got Talent, Simon Cowell disahkan positif COVID-19 pada Khamis.

Menurut jurucakap rancangan realiti itu, Cowell kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Simon tidak dapat menghadiri penggambaran uji bakat pada Khamis dan kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID-19," katanya memetik laporan Mail Online.

Juri lain seperti David Walliams, Amanda Holden dan Alesha Dixon tetap hadiri uji bakat seperti yang dijadualkan.

Cowell, 62, disahkan positif virus itu beberapa hari selepas mengalami kecederaan di muka dan patah tangan dalam nahas melibatkan e-bike.

Selebriti itu kini sedang berehat di rumahnya di London bersama tunang, Lauren Silverman dan anak mereka, Eric, yang berusia tujuh tahun.

Ini bukan kali pertama Cowell terlibat dalam nahas e-bike. Sekitar 18 bulan lalu, dia mengalami kecederaan pada tulang belakang selepas terlibat dalam nahas di Malibu.

Dia juga menjalani pembedahan susulan insiden berkenaan.