awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nordiana tak malu digelar penyanyi kampung

Gempak
Gempak
16/12/2015
09:40 MYT
Siti Nordiana tak malu digelar penyanyi kampung
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu memberitahu dia bangga dengan status tersebut kerana menerusi gelaran itulah dia berada di industri hiburan tanah air. - Gambar Astro GEMPAK
Juara Gegar Vaganza 2 (GV2), Siti Nordiana tidak malu mengaku dirinya seorang penyanyi kampung malah bangga dengan status tersebut. Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu memberitahu dia bangga dengan status tersebut kerana menerusi gelaran itulah dia berada di industri hiburan tanah air. “Alhamdulillah, saya sebenarnya berbangga kerana daripada penyanyi kampung itulah saya masih dikenali sehigga sekarang. “Dengan lagu-lagu yang meleleh-leleh dan tangkap lentok itulah peminat mula mengenali saya. Menerusi GV2 saya kumpul peminat-peminat baru pula dan bertambah ramai sekarang,” katanya kepada Astro Gempak. Tambahnya, untuk mengekalkan momentum selepas bergelar juara GV2 bukan perkara mudah kerana perlu bekerja keras untuk memastikan dia terus relevan di dalam industri muzik tempatan. “Setiap minggu dalam GV2 saya tertekan kerana peminat meletakkan harapan tinggi dan mereka mahu melihat saya bergelar juara. “Bagaimanapun, saya tidak pernah meletakkan diri saya di kedudukan yang selesa, malah berazam mahu memberikan persembahan terbaik setiap minggu,” ujarnya yang ditemui selepas tamat konsert akhir GV2, baru-baru ini. Dalam pada itu penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Cinta Hanya Sandaran ini menambah, akan mengekalkan lagu-lagu bergenre balada sekiranya mempunyai album baru selepas ini. “Saya tidak boleh terlalu urban kerana itu bukan diri saya. Mesti kena ada ‘Leman’ juga dalam lagu-lagu saya,” katanya yang digelar ‘Leman’ oleh juri GV2, Datuk Ramli MS. - Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza 2
#Siti Nurdiana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan