Siti Nurhaliza nyanyi lagu Didi & Friends pun sedap...

Gempak
Oktober 15, 2017 23:54 MYT
Berita yang bakal menggembirakan kanak-kanak di seluruh Malaysia tersebut, telah dikongsi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak di laman sosial Instagram (IG)nya pada Ahad.
SELEPAS empat bulan dikuarantin, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meluangkan masa ke studio untuk membuat rakaman lagu kanak-kanak siri animasi popular, Didi & Friends.
Berita yang bakal menggembirakan kanak-kanak di seluruh Malaysia tersebut, telah dikongsi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak di laman sosial Instagram (IG)nya pada Ahad.
BACA: Sah! Siti Nurhaliza hamil
BACA: 'Siapa kata kami tak cuba sebelum ini' - Siti Nurhaliza
BACA: 'Jika di penghujungnya tetap tiada, Siti redha'
Menariknya, Rozi turut memberitahu ketika di dalam studio Siti menyanyikan lagu-lagu animasi popular Didi & Friends sambil duduk. Comel kan?
Rozi turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan produksi Digital Durian (DD) Animation, yang sanggup menunggu dan memberi masa kepada Siti dalam tempoh berehat.
#Didi & Friends #Instagram #Kanak-kanak #Malaysia #penyanyi #Siti Nurhaliza