PIHAK pendakwa raya merancang untuk mendapatkan hukuman 10 bulan penjara terhadap pelakon Felicity Huffman.

Ia selepas Huffman didakwa terlibat dalam komplot penipuan kemasukan ke kolej berprestij Amerika Syarikat.

Huffman merupakan salah seorang daripada 13 ibu bapa yang mengaku bersalah terlibat dalam skandal tersebut minggu lalu.

BACA: Bintang 'Desperate Housewives' mengaku terlibat skandal kemasukan universiti

Satu perjanjian rayuan akan dikemukakan pihak pendakwa raya yang mengesyorkan hukuman paling rendah termasuk bayaran denda AS$20,000 dan 12 bulan seliaan.

Sebagai tambahan kepada hukuman paling rendah, pihak pendakwa tidak akan mendakwa Huffman dengan lebih banyak kesalahan.

Huffman akan dibicarakan semula pada 21 Mei ini.

Terdahulu, Huffman mengaku bersalah kerana terlibat dalam sindiket penipuan bertujuan mendapatkan tempat di salah satu universiti elit di Amerika Syarikat.

Bintang siri drama televisyen "Desperate Housewives" itu berkata dia bertindak demikian kerana rasa malu dan telah mengkhianati anaknya sendiri.

Huffman dituduh membayar AS$15,000 atau hampir RM62,000 untuk menukar keputusan peperiksaan anaknya pada 2017.

BACA: Pelakon Desperate Housewives didakwa dalam skandal penipuan kemasukan kolej