Pelakon Felicity Huffman akan mengaku bersalah kerana terlibat dalam sindiket penipuan bertujuan mendapatkan tempat di salah satu universiti elit di Amerika Syarikat.

Bintang siri drama televisyen "Desperate Housewives" itu berkata akan bertindak demikian kerana rasa malu dan telah mengkhianati anaknya sendiri.

Huffman dituduh membayar AS$15,000 atau hampir RM62,000 untuk menukar keputusan peperiksaan anaknya pada 2017.

Pelakon berusia 56 tahun itu ialah antara 14 individu yang akan mengaku bersalah daripada 50 lain yang telah didakwa.