Kumpulan muzik dari Indonesia, Sore menerbitkan single terbarunya yang diberi judul "Sssst…" selepas menyepi selama hampir tiga tahun.
Kumpulan itu kali terakhir menerbitkan sebuah album mini, Sombreros Kiddos yang dikeluarkan secara terhad iaitu hanya 500 keping pada April 2010. Ia terjual habis dalam masa sehari.
"Sssst…" yang dimuatnaik di SoundCloud pada Rabu telah didengar hampir 11,000 kali dalam masa lebih kurang 40 jam.
"Lagu ini saya yang buat. Ceritanya tentang kepenatan dalam sebuah persahabatan. Seringkali kita merasa tidak tenang dalam persahabatan. Jadi saya fikir, 'rasa gila'lah yang malah jadi bahan perekatnya," kata pemain gitar dan vokal utamanya, Ade Paloh.
Kata 'gila' muncul dalam setiap baris lirik lagu ini: "Dan sekarang semua rasa sudah gila/ dan gilapun merasakan punya jiwa/ namun kau tak pernah juga bilang gila/ tak kan pernah tak kan pernah hilang gila."
Idea muzik dan lirik Sssst… diciptakan oleh Ade tetapi disusun semula dan dilengkapkan oleh tiga anggota Sore yang lain iaiti Reza Dwiputranto (gitar dan vokal), Awan Garnida (bas dan vokal) dan Bemby Gusti (dram).
Sore kini tinggal berempat selepas pemain keyboard, Ramondo Gascaro meninggalkan kumpulan itu dua tahun lalu.
Harapan kita, Sore boleh dinikmati lebih luas lagi terutama untuk orang yang belum kenal Sore sama sekali," tambah Reza.
Sore barangkali tidak asing di kalangan kelompok peminat muzik indiepop di negara ini. Kumpulan itu dua tahun lalu mengadakan konsert yang diberi nama "Sore di Kuala Lumpur". Rakaman konsert itu kemudiannya disiarkan oleh Astro.
Sssst… dijadual akan diedarkan melalui beberapa laman web muzik berbayar termasuk iTunes, Amazon, Spotify, Google Play, Deezer dan juga Nokia Play.
Lagu ini kemudiannya akan terbit semula dalam album kompilasi Sore yang dijangka akan mula beredar pada 20 April ini.
Sore sebelum ini menerbitkan dua album iaitu Centralismo pada 2005 dan Ports of Lima tiga tahun kemudian.
Majalah mingguan antarabangsa, Time pada September 2005 menyifatkan album Centralismo sebagai antara lima album dari Asia yang harus diberi perhatian.
Astro Awani
Thu Mar 21 2013
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.