[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
ENTERTAINMENT

Sridevi mati lemas bukan serangan jantung?

Astro Awani 26/02/2018 | 11:52 MYT
Gulf News yang berpengkalan di Dubai, turut melaporkan Sridevi dijumpai di bawah pengaruh alkohol atas sebab beliau gagal mengimbangi dirinya lalu tergelincir dan jatuh ke dalam kolam di biliknya. - Gambar fail
PELAKON terkenal Bollywood, Sridevi telah menemui ajal akibat mati lemas dan kandungan alkohol dalam darah beliau, menurut laporan forensik.
Memetik laporan forensik dan autopsi dari Gulf News melaporkan, pelakon tersebut maut selepas mati lemas di dalam tab mandi di bilik hotelnya.
Namun, kemungkinan yang membawa kepada kematiannya masih tidak dapat dikenal pasti, memetik portal itu.
BACA: Kenapa Arjun Kapoor 'zip mulut', enggan ulas pemergian ibu tiri, Sridevi?
Gulf News yang berpengkalan di Dubai, turut melaporkan Sridevi dijumpai di bawah pengaruh alkohol atas sebab beliau gagal mengimbangi dirinya lalu tergelincir dan jatuh ke dalam kolam di biliknya.
Beberapa laporan turut mengesahkan darah beliau mengandungi alkohol yang berlebihan.
#Bollywood #Dubai #Gulf News #lemas #maut #Sridevi