[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Star Wars: The Force Awakens lepasi kutipan Titanic di AS

Madiha Abdullah 03/01/2016 | 07:07 MYT
Kutipan The Force Awakens secara keseluruhannya di seluruh dunia mencecah AS$1.3 bilion (RM4.6 bilion).
Kutipan filem Star Wars: The Force Awakens baharu sahaja melepasi kutipan filem Titanic di Amerika Syarikat (AS).
Mengutip AS$686 juta (RM2.95 bilion), The Force Awakens merampas kedudukan Titanic sebagai filem kedua dengan kutipan tertinggi di negara tersebut.
BACA: 'Star Wars: The Force Awakens' cecah AS$1 bilion selepas 12 hari
Untuk rekod, Titanic mencatat kutipan AS$658 juta (RMRM2.83 bilion) ketika ditayangkan pada tahun 1998.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia juga berjaya mengatasi filem Jurassic World yang mengutip AS$652 juta (RM2.8 bilion), sebagai filem dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2015.
Setakat ini, kutipan The Force Awakens secara keseluruhannya di seluruh dunia mencecah AS$1.3 bilion (RM4.6 bilion), kurang kira-kira AS$280 juta daripada Titanic yang mencatat kutipan keseluruhan AS$2.1 bilion (RM9 bilion).
BACA: 'Star Wars: The Force Awakens' nostalgik, penuh aksi dan boleh tangkap leleh
Pun begitu, filem ketujuh dalam saga Star Wars itu masih berada di belakang filem Avatar, yang mencatat kutipan AS$760 juta (RM3.2 bilion) di AS pada tahun 2009.
Avatar juga sehingga kini masih kekal filem terlaris di dunia dengan kutipan AS$2.7 bilion (RM11 bilion).
#Avatar #Jurassic World #Star Wars: The Force Awakens #Titanic