SINGAPURA: KETIKA segelintir pihak membidas Malaysia tidak wajar mengambil kredit di atas kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscar 2023) Isnin lalu, Ho Ching iaitu isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong pula berpendapat sebaliknya.
Kata Ho Ching, negara jiran itu sudah lama mengiktiraf sumbangan besar Michelle dalam arena seni global sehingga menganugerahkan gelaran kedua tertinggi di peringkat Persekutuan iaitu Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings itu berkata demikian sebagai reaksi kepada artikel yang disiarkan di sebuah portal Singapura yang mendakwa, Malaysia tidak sewajarnya berpendapat negara itu memberi sumbangan pada kejayaan Michelle.
“Sudah tentu Malaysia harus berbangga dengan Michelle Yeoh, bahkan mereka (kerajaan Malaysia) juga sudah mengiktiraf beliau dengan menganugerahkan (gelaran) Tan Sri sebelum beliau memenangi Oscar,” kata Ho Ching dalam hantaran di akaun Facebook beliau.
Michelle, anak seni kelahiran Ipoh, Perak melakar sejarah apabila ditabalkan sebagai pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik pada Oscar 2023 yang berlangsung Isnin lalu.
Kejayaan tertinggi itu sekali gus menjadikan beliau pelakon wanita Malaysia dan Asia pertama diiktiraf di Hollywood dalam sejarah perfileman.
Beliau diangkat sebagai pemenang kategori itu menerusi lakonan cemerlang dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Dalam perkembangan sama, Ho Ching berkata, Michelle juga telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang selain mencetus kesedaran masyarakat berhubung banyak kerja bermanfaat.
“Beliau ialah Duta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tugasnya mencetus kesedaran selain mengatur sokongan pada usaha pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Beliau telah hadir dan bersuara demi kebaikan,” kata Ho Ching lagi.
Dalam hantaran sama, Ho Ching mengucapkan tahniah kepada Michelle serta menyatakan harapan agar pelakon berusia 60 tahun itu akan meraih pelbagai lagi kejayaan pada masa depan.
Agensi
Wed Mar 15 2023

Ho Ching (kanan) yang juga isteri Perdana Menteri Singapura berpendapat, Malaysia sudah lama mengiktiraf sumbangan besar Michelle dalam arena seni global sehingga menganugerakan gelaran Tan Sri kepada pelakon antarabangsa itu.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.

Agong, Putera Albert II berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan F1
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad.

Cinta tidak berbalas, seorang lelaki disyaki bunuh wanita warga emas
Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun disyaki menyebabkan kematian seorang wanita warga emas, di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang pada 9 Mei lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Mei 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anwar menghadap Sultan Mizan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beberapa keping gambar semasa sesi menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.

Michelle Yeoh terima pengiktirafan, terima anugerah khas di Cannes
Yeoh dianugerahkan dengan anugerah khas Kerings Women in Motion Award.

Michelle Yeoh bawa trofi Oscar kunjung PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon Malaysia pertama yang meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.

Nikmati nga choy kai, petik nama Yasmin Ahmad... Michelle Yeoh luahkan cinta buat Malaysia
Michelle Yeoh kongsikan tentang pengalamannya membesar di Malaysia, yang membina jati dirinya sehingga menyumbang kepada kejayaan kini.

Keunikan Malaysia yang membentuk diri saya menjadi sepertimana hari ini - Michelle Yeoh
Bintang kelahiran Ipoh itu berkata Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum serta budaya, dan itu menjadikannya amat unik.

Setahun menanti, Michelle Yeoh bawa pulang Oscar ke Malaysia
Selepas setahun menanti dengan penuh harapan, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya membawa pulang trofi Oscar ke tanah air.

Michelle Yeoh bawa pulang trofi Oscar ke Ipoh
Pelakon berusia 61 tahun itu turut membawa trofi berkenaan menziarahi kubur mendiang bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik.

Jika tiada aral, Jackie Chan ke Malaysia tahun depan untuk penggambaran filem
Pelakon berusia 68 tahun itu sangat merindui Malaysia dan begitu teruja untuk kembali jalani penggambaran filem.

Michelle Yeoh pulang ke Malaysia, bakal bertemu peminat pada April 18
Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang juga pemenang Oscar ke-95 akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya dalam masa dua minggu lagi.

Sudah tentu Malaysia harus berbangga dengan Michelle Yeoh, kata isteri PM Singapura
Malaysia sudah lama mengiktiraf dan menghargai sumbangan Michelle termasuk memberi gelaran Tan Sri kepadanya.

Wujud 'Hall of Fame' tokoh kelahiran Ipoh, termasuk Michelle Yeoh
Ia seperti muzium khas bagi menghargai tokoh kelahiran bandar raya Ipoh yang berjaya mengharumkan nama negara.