Band popular Indonesia, Nidji kembali ke Malaysia untuk melancarkan album kompilasi lagu–lagu ciptaan mereka yang diangkat menjadi runut bunyi filem berjudul The King of Soundtrack.
Lagu-lagu tersebut pernah dijadikan tema untuk pelbagai filem blokbuster Indonesia dari tahun 2006 hingga 2013, antaranya Laskar Pelangi, 5cm dan Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (TKVDW).
Menurut vokalis band itu Giring, album ini merupakan simbol persahabatan dia dan ahli kumpulan Nidji yang semakin hari semakin akrab dalam mengharungi liku-liku dunia muzik.
“Album ini adalah idea kami. Ia supaya peminat-peminat dapat mendengar semuanya di dalam satu album,” tambahnya di sidang media Pelancaran Album The King of Soundtrack di sini pada Jumaat.
The King of Soundtrack telah dilancarkan di Indonesia pada Mei lalu dan merupakan karya kelima mereka setelah 12 tahun berkecimpung di dalam dunia muzik Indonesia.
Nidji mempertaruhkan dua lagu baru berjudul ‘Sumpah dan Cinta Matiku’ yang baru dinobatkan sebagai runut bunyi filem asli terbaik di Anugerah Muzik Indonesia 2014. Mereka turut mengetengahkan ‘Teroesir (Menunggu Karma)’ sebagai single kedua untuk album terbabit.
Kedua-dua lagu band yang dianggotai oleh Giring (vokalis), Adri (dram), Andro (bass), Rama (gitar), Ariel (gitar) dan Randy (keyboard) itu digunakan sebagai lagu tema untuk filem TKVDW.
Lagu dalam album The King of Soudntrack: Sumpah dan Cinta Matiku (ost TKVDW); Teroesir (Menunggu Karma) (ost TKVDW); Di Atas Awan (ost 5cm); Rahasia Hati (ost 5cm); Hidup Tanpa Cintamu (ost TKVDW); Heaven (ost Heroes); Nelangsa (ost TKVDW); Tuhan Maha Cinta (ost Sang Pencerah); 5 cm (ost 5cm); Shadow (ost Heroes); Tak Akan Pernah Mati (ost 5cm); Laskar Pelangi (ost Laskar Pelangi).
Fuad Misbah
Sat Jun 21 2014
Kumpulan Nidji bersama Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura Darren Choy di sidang media pelancaran album The King of Soundtrack. -foto Fuad Misbah
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Gabungan reggae/rock, konsert Budi Doremi x Nidji 16 Mac bakal tampil kelainan
Gabungan Budi Doremi x Nidji merupakan kelainan yang cuba ditampilkan pihak mereka memandangkan kedua-duanya membawakan genre yang berbeza.
Giring Nidji isytihar bertanding kerusi Presiden Indonesia 2024
"Saya akan bertanding pada pemilihan Presiden 2024. Beri saya peluang untuk berkidmat kepada rakyat."
Sumpah dan Cinta Matiku jadi taruhan Nidji
Band popular Indonesia, Nidji kembali ke Malaysia untuk melancarkan album kompilasi berjudul The King of Soundtrack.