awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syukur sambut menantu baharu, ibu Aisyah Aziz titip doa buat puteri tersayang

Gempak
Gempak
13/04/2025
09:02 MYT
Syukur sambut menantu baharu, ibu Aisyah Aziz titip doa buat puteri tersayang
Ibu kepada penyanyi terkenal Aisyah Aziz, iaitu Hafiza, meluahkan rasa syukur apabila menyambut menantu baharu ke dalam keluarga mereka. - Gempak
IBU kepada penyanyi terkenal Aisyah Aziz, iaitu Hafiza, meluahkan rasa syukur apabila menyambut menantu baharu ke dalam keluarga mereka iaitu Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail
Menerusi satu hantaran di media sosial, Hafiza mendoakan agar rumah tangga, Aisyah Aziz dan suaminya, sentiasa dilindungi dan dirahmati hingga ke syurga.
“Bismillah... Alhamdulillah segala puji pada Allah yg Maha Esa. Allahumma baarik di atas nikmat yg telah Allah beri pada kami sekeluarga. Kami menyambut anakanda Md Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami diiringi doa dan restu.
“Semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hingga ke jannah. Aamiin Allahumma aamiin,” tulis Hafiza.
View this post on Instagram
A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)
Menerusi hantaran yang sama, Hafiza turut menitipkan pesanan penuh kasih buat Aisyah yang kini memulakan fasa baharu dalam kehidupannya sebagai isteri.
“Buat anakanda kami @aisyaah_aziz, walau akan berada jauh di mata, tapi pasti sentiasa dekat di hati dan dalam doa kami sentiasa. Aamiin Allahumma aamiin,” tambahnya.
Terdahulu, Aisyah Aziz telah sah bergelar isteri kepada Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, pada Jumaat lalu.
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendirikan rumah tangga bersama abang kepada pendakwah selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz.
Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung pada malam ini secara tertutup di Singapura dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Aisyah Aziz
#sambut menantu
#ibu titip doa
#penyanyi Singapura
#berkahwin
#Aliif Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan