PELAKON Yasmin Hani mengakui hubungannya dengan pelakon Alif Hadi masih di peringkat awal perkenalan.
Kata Hani, 43, dia tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan dan bakal berkongsi berita gembira jika ada perkembangan baik.
“Sebenarnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan.
“Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti,” kata Hani kepada Astro Gempak.
Hani ditemui hadir dan memakai pakaian sedondon dengan Alif di majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, pada Jumaat.
Bercinta kembali selepas mengumumkan perceraiannya pada Disember tahun lalu, Hani memberitahu sikap sopan Alif, 34, membuatnya terpikat.
“Dia seorang lelaki yang sangat penyabar dan tidak suka memaksa. Malah seorang yang menghormati orang serta sopan,” beritahunya.
Sementara itu, Alif, 34, pula mengakui tertarik perwatakan Hani yang disifatkan sebagai seorang wanita yang peramah, baik dan manis.
“Saya lihat Hani sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya.
“Tapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing,” ujar Alif.
Bagaimanapun Hani tidak meletakkan sasaran bila dia bakal mendirikan rumah tangga kembali kerana yang penting hanya mahu mencari kebahagiaan.
“Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira,” kata Yasmin.
Terdahulu, hubungan antara Yasmin dan Alif mula hangat diperkatakan selepas masing-masing memuat naik foto bersama-sama dalam Instagram.
Sekadar info, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI GEMPAK
Gempak
Sun Apr 24 2022

Hani ditemui hadir dan memakai pakaian secocok dengan Alif di majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, pada Jumaat. - Gempak

Inflasi: Kerajaan perlu pergiat tarik pelaburan asing, hubungan rakan strategik
Inflasi tidak boleh diselesaikan hanya dengan bantuan subsidi atau polisi tertentu semata-mata.

Sejarah dan Warisan | Muzium Maritim Sarawak dijangka siap April tahun depan
Muzium Maritim Sarawak dijangka siap April tahun depan. Dibangunkan di atas tapak limbungan Brooke di Kuching projek berkenaan ketika ini dalam proses melaksana kerja-kerja baik pulih limbungan termasuk hiasan dalamannya. Menurut pengurus besar limbungan tersebut, Lubau Genam, proses pembinaan sediikt terganggu suslan Perintah Kawaln Pergerakan (PKP) selain kekangan teknikal.

Cukai Jualan | Bangunkan sistem, kekang pemalsuan pengisytiharan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kementerian Kewangan Negeri (KKN) akan mewujudkan sistem integrasi secara atas talian bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Sistem ini bertujuan mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu. Menurut Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ia dibangunkan sebagai mengekang perkara ini daripada terus berlaku.

PATI | Hajiji harap setiap pihak jujur mencari penyelesaian
Cadangan penubuhan Jawatankuasa DWI-Partisan bagi menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) mendapat reaksi positif Datuk Seri Hajiji Noor. Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun mahu semua pihak yang bakal terlibat jujur dalam menyelesaikan masalah itu demi kepentingan jangka panjang Sabah.

Oshweek 2022 | Kerjasama semua pihak bagi pastikan kemalangan tempat kerja
Sembilan kes maut, 14 kes hilang upaya kekal, 155 kes tidak hilang upaya kekal dan 266 kes penyakit serta keracunan pekerjaan . Itu statistik kes kecederaan pekerjaan di Sarawak adalah setakat 30 Jun 2022. Bagi memastikan angka angka ini dapat dikurangkan Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Sarawak Dr Nor Halim Hasan, berharap kerjasama berterusan dari semua pihak bagi meningkatkan kesedaran keselamatan di tempat kerja.

Pelancongan | Sarawak hampiri sasasan 1.2 juta pelancong tahun ini
Sarawak merekodkan kehadiran hampir setengah juta pelancong domestik dan antarabangsa dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Ia peningkatan lebih 680 peratus bersamaan lebih 430,000 pelancong berbanding tempoh sama tahun lalu. Sekaligus menghampiri sasaran 1.2 juta pelancong sehingga akhir tahun ini.

Kemalangan | Pertembungan dua lori, seorang maut, seorang lagi parah
Seorang lelaki maut selepas lori tiga tan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangk di Jalan Segama, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Muhamad Raziq Ikhwan, 19, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Kilang diserbu, 30 PATI lari bertempiaran masuk hutan
Bukan saja lari masuk hutan, ada PATI yang ambil risiko lompat pagar elak dicekup pihak berkuasa.

Mayat pemancing lemas di Tasik Gubir ditemukan
Mayat Othman Abdul Ghani, 49, ditemui terapung pada jarak 10 meter dari tempat bot dinaikinya tenggelam pada pukul 3 petang ini.

Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.

Tak mahu terburu-buru kahwin lagi, Yasmin Hani ulas hubungan dengan Alif Hadi
Kata Hani, 43, dia tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan dan bakal berkongsi berita gembira jika ada perkembangan baik.

Yasmin Hani, Shahrin bercerai
Pengacara dan pelakon, Yasmin Hani mengesahkan dia dan suaminya, Shahrin Razali sudah bercerai.

Selebriti terkenal giat bantu usahawan mikro melalui 'Power to Empower'
Usaha itu bagi memastikan kumpulan tersebut mampu menjana pendapatan dari rumah.

Bual bicara isu media sosial bentuk penjenamaan peribadi
Program bual bicara terbuka mengenai media sosial merupakan medium berkongsi pengalaman penggunaan platform berkenaan dalam pembentukkan penjenamaan peribadi.

Yasmin Hani mahu terlibat pengarahan filem
Mengakui tawaran pengacaraan tidak datang selalu, Yasmin Hani berhasrat untuk mencuba cabang seni yang lain.