awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tamat latihan asas, Jin BTS kongsi gambar terbaharu

Agensi
Agensi
19/01/2023
03:50 MYT
Tamat latihan asas, Jin BTS kongsi gambar terbaharu
Jin menulis nota kepada peminat dan berkongsi beberapa keping gambar dia dalam pakaian seragam tentera. - Foto weverse.io
LIMA minggu lalu, anggota kumpulan BTS, Jin, secara rasmi menyertai perkhidmatan ketenteraan mandatori Korea Selatan bagi tempoh 18 bulan.
Penyanyi itu dilaporkan telah berjaya menamatkan latihan asasnya pada Rabu dan berkongsi perkembangan itu dengan peminatnya di Weverse, sebuah platform komuniti K-pop.
Jin menulis nota kepada mereka dan turut berkongsi beberapa keping gambar dia dalam pakaian seragam tentera.
“Saya seronok menghabiskan masa saya di sini. Saya menyiarkan foto-foto ini selepas mendapat kebenaran daripada tentera. ARMY, saya harap anda sentiasa dalam keadaan gembira,” tulisnya.
Jin atau nama penuhnya Kim Seok-jin, 30, adalah anggota pertama kumpulan itu yang memulakan perkhidmatan ketenteraan wajib.
Dia mendaftar pada 13 Disember lalu di pusat latihan rekrut Divisyen Infantri ke-5 di Yeoncheon County Gyeonggi.
Jin dijangka akan meneruskan khidmat sebagai penolong tenaga pengajar dalam batalion yang sama.
Oktober tahun lalu, BTS mengumumkan bahawa kesemua tujuh anggotanya merancang untuk mendaftar dalam perkhidmatan tentera itu.
Mereka kini memberi tumpuan kepada projek solo dan akan berkumpul semula sebagai satu kumpulan pada 2025 sebaik sahaja semua anggota telah menamatkan perkhidmatan tentera.
Topic Berkaitan
#BTS
#Jin
#perkhidmatan tentera
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan