KUMPULAN Floor88 membuat laporan polis terhadap pemilik akaun YouTube Jari Hantu atas dakwaan memuat naik filem berjudul Bas Terakhir Malam Raya secara haram di platform berkenaan.
Menurut pengarahnya iaitu Eric, tindakan tidak bertanggungjawab memuat naik karya tersebut secara tidak sah sedangkan filem itu masih ditayangkan di Astro First dipercayai perbuatan orang dalam.
"Kami tidak menolak kemungkinan perbuatan cetak rompak dan memuat naik filem ini dilakukan oleh orang dalam (kumpulan produksi). Ini kerana bahan tayangan secara haram di saluran YouTube itu tidak mempunyai logo Astro First.
"Jika dia mahu ambil daripada siaran Astro First, ia tidak boleh dilakukan. Oleh sebab itu, kami tidak menolak perbuatan terkutuk ini ada melibatkan orang dalam," katanya.
Eric berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield bersama ahli kumpulan Floor 88 dan pengarah bersama filem Bas Terakhir Malam Raya, Irwan Rauf pada Rabu.
Mengulas lanjut, Eric yang juga ahli kumpulan Floor 88 berkata, pihaknya sebelum ini mengesan beberapa pihak yang memuat naik filem tersebut secara haram di aplikasi Telegram dan TikTok.
Namun begitu katanya, setelah membuat aduan kepada pihak berwajib, filem arahannya di dua saluran media sosial itu berjaya diturunkan.
Menurutnya, perbuatan memuat naik secara haram filem itu sekali lagi berjaya dikesan pada 4 Mei iaitu Hari Wesak di saluran YouTube oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama 'Jari Hantu'.
Menyedari perbuatan haram itu katanya, satu laporan kepada pihak berwajib telah dibuat, tetapi ia mengambil masa enam hari untuk diturunkan daripada platform tersebut.
Ekoran itu jelasnya, pihak produksi mengalami kerugian hampir RM2.6 juta sepanjang tempoh ditayangkan secara haram.
"Kerugian ini berdasarkan jumlah tontotan sebanyak 168,000 kali oleh pelayar di platform berkenaan. Jika jumlah tontonan itu didarab dengan bayaran langganan sebanyak RM15.90 di Astro First, kami mengalami kerugian bernilai RM2.6 juta," ujarnya.
Eric berkata, pihaknya sangat berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan teliti, seterusnya berjaya menangkap pihak tidak bertanggungjawab tersebut.
Bas Terakhir Malam Raya mula disiarkan di saluran Astro First sejak 21 April lalu dan masih dalam tayangan sehingga ini. -- Gempak
Gempak
Wed May 10 2023
Menurut Eric (dua, kiri) tindakan tidak bertanggungjawab memuat naik karya tersebut secara tidak sah sedangkan filem itu masih ditayangkan di Astro First dipercayai perbuatan orang dalam. - Foto Gempak
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Tanggung rugi RM2.6 juta, Floor88 buat laporan polis terhadap YouTube Jari Hantu
Kumpulan Floor88 membuat laporan polis terhadap pemilik akaun YouTube Jari Hantu atas dakwaan memuat naik filem berjudul Bas Terakhir Malam Raya secara haram di platform berkenaan.
Ayie Floor88 rebah, pengsan di pentas ketika beraksi kerana keletihan
Ayie Floor88 yang pengsan di pentas semakin stabil, tiada sebarang perkara membimbangkan terjadi padanya.