MAJLIS gilang-gemilang Oscars 2020 yang bakal berlangsung kurang seminggu dari sekarang bakal diraikan oleh karyawan filem Hollywood.

Sekalipun, acara berkenaan lebih tertumpu pada pembikin filem di Amerika Syarikat, namun, sudah menjadi kelaziman bahawa majllis anugerah berkenaan turut menarik perhatian pencinta filem di seluruh dunia.

Stesen televisyen satelit pertama negara, Astro pula sentiasa memahami kehendak dan kecintaan sebilangan peminat filem di Malaysia yang mahu turut serta dalam acara berkenaan.

Lalu, sebagai meraikan penganjuran Oscars 2020 pada hujung minggu ini, saluran Astro BEST (bayar untuk tontonan) menyediakan tayangan istimewa tujuh buah filem yang dicalonkan dalam majlis anugerah berkenaan.

Astro AWANI senaraikan kesemua tujuh filem yang wajar ditonton kepada golongan yang mungkin terlepas untuk menontonnya sebelum ini.

Kesemua filem ini boleh ditonton di saluran Astro BEST.

1. Joker

* Dibintangi oleh Joaquin Phoenix, filem Joker telah mendapat sebanyak 11 pencalonan termasuk kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Filem Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Skor Asal Terbaik, Suntingan Suara Terbaik, Adunan Suara Terbaik (Sound Mixing) Terbaik, Sinematografi Terbaik, Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik serta Suntingan Filem Terbaik.

.



2. Once Upon a Time in Hollywood

* Once Upon A Time In Hollywood yang dibintangi, ditulis dan diarahkan oleh Quentin Tarantino menerima 10 pencalonan merangkumi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik.

.



3. Parasite

* Filem arahan Bong Joon Ho ini meraih enam penclonan iaitu kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik.

.



4. Rocketman

* Filem Rocketman, sebuah filem biopik yang mengisahkan permulaan karier muzik penyanyi terkenal Elton John, dicalonkan untuk anugerah Lagu Asal Terbaik.

.



5. Ad Astra

* Ad Astra yang dibintangi oleh aktor tersohor, Brad Pitt pula dicalonkan dalam kategori Anugerah Adunan Bunyi (Sound Mixing) terbaik.

.



6. Maleficent: Mistress of Evil

* Filem Maleficent: Mistress of Evil yang dibintangi oleh Angelina Jolie dicalonkan untuk kategori Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik.

.



7. The Lion King

* Filem ciptaan Walt Disney Pictures ini telah dicalonkan untuk anugerah Kesan Visual Terbaik.

.



Buat anda semua pelanggan Astro, jangan terlepas peluang untuk menyaksikan filem-filem yang tercalon di anugerah berprestij Oscars tahun ini di Astro BEST (saluran 467).

BACA: Oscars 2020: Ini senarai utama pencalonan anugerah filem berprestij dunia

.


* Malam kemuncak Oscars 2020 boleh ditonton secara eksklusif di saluran Hello (saluran 110, Astro) serta di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pukul 9 pagi pada 10 Februari 2020.

* Sementara tayangan karpet merah yang dibawakan secara langsung dari Los Angeles, Amerika Syarikat pula akan bermula pukul 7.30 pagi juga di saluran Hello dan Astro Ria.