KUALA LUMPUR: Selepas 17 tahun, karya agung Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Lantai T. Pinkie, akan dipentaskan semula di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, pada 6 hingga 8 Okt ini.
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam, kekal menggunakan khidmat penerbit, pengarah dan komposer yang sama iaitu Siti Rohayah Atan, Dr Rosminah Mohd Tahir dan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.
Siti Rohayah yang juga pemilik CTRA Production berkata pementasan itu dibuat sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha mempopularkan karya Sasterawan Negara.
"Tujuan utama pementasan ini adalah untuk memperkenalkan generasi baharu kepada karya Sasterawan Negara kerana lazimnya, golongan ini tidak minat membaca... namun secara peribadi, saya suka akan karya ini kerana ia memaparkan realiti kehidupan yang sebenar," katanya pada sidang media teater muzikal berkenaan.
Siti Rohayah turut berharap usaha pementasan semula teater muzikal ini dihargai terutamanya daripada generasi baharu kerana ia adalah aspek penting dalam pembangunan suatu bangsa.
Kali ini, teater muzikal Lantai T. Pinkie menampilkan penyanyi dan pelakon baru, Zera Hariz sebagai watak utama T. Pinkie atau nama sebenarnya Tengku Seindahkuno, seorang penari remaja dan cantik di Singapura yang menjadi rebutan ramai pengunjung di Bunga Joget Moden pada zaman 1950-an selepas Perang Dunia Kedua.
Pengarah teater muzikal itu, Dr Rosminah Tahir mengakui bersikap terbuka sekiranya ada pihak yang membandingkan Zera dengan tiga lagi watak T. Pinkie sebelum ini yang diterajui artis berbakat besar seperti Tiara Jacquelina (1997), Nasha Aziz (2000) dan Vanidah Imran (2006).
"(Perbandingan) itu, saya alu-alukan kerana daripada situ, kita dapat lihat masyarakat mengikuti perjalanan naskhah ini dan secara tidak langsung, menyokongnya. Silakan, saya tiada masalah.
"Bagi saya, setiap pelakon mempunyai identiti sendiri selain bakat dan latihan serta tunjuk ajar, juga semangat untuk menghayati watak. Jika ada tersama, mungkin kerana muziknya telah ditentukan. Kalau rasa dia seperti itu, mungkin dia mengidolakan orang seperti itu, bagaimanapun setiap individu ada keasliannya," katanya.
Rosminah turut menyifatkan naskhah yang dipentaskan sejak 1997 itu sebagai sebuah karya berkualiti selain mempunyai sifat popular dan nilai komersialnya.
Sementara itu, A Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad turut melahirkan rasa gembira kerana karya yang ditulis pada 1996 itu kini boleh dihayati oleh generasi baharu.
"Saya tidak tahu sama ada orang ingat (karya) atau judulnya sahaja atau lebih daripada lain-lain tetapi barangkali untuk anak muda yang baru berkenalan dengan drama, ia tentu (lebih) memberi kesan," katanya.
Selain Zera, teater muzikal ini turut menampilkan Faysal Saad sebagai Muhairi muda, Nabila Huda (Nyai Sunarti), Carolyne Kamba (Puteh Su), Linda Nanuwil (Siti Udaya) Datuk Jalaluddin Hassan (Jongkiding Jaroi), Datuk Tamimi Siregar (Muhairi tua), Zaifri Husin (S. Diman), Serra Kamal (Musalmah Jiing) dan Ewan Fauzi (Loiran Sindhu).
Ia mengisahkan Muhairi Tirus, seorang bekas pemain arkodian di Bunga Joget Moden yang hidup damai di Telok Melano, Sarawak, didatangi seorang mahasiswa, Loiran yang mahu mengkaji Hikayat Gul Bakawali. Permintaan itu menyebabkan Muhairi kembali mengenang kehidupannya sebagai pemuzik di Bunga Joget Moden pada zaman 1950-an.
Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM35, RM56 dan RM159 di laman sesawang di www.ilassotickets.com atau hubungi 01113297822.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Samad (duduk, enam, kiri) bersama Presiden Persatuan Teater Malaysia Sakrani Shamsuddin (duduk, dua, kanan) menyertai sesi bergambar selepas sidang media di Menara Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 21 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Taraf, kedudukan bahasa Melayu di negara ini lebih tinggi daripada bahasa lain - Ahli akademik
Ahli politik perlu menjadi teladan menggunakan bahasa Melayu yang betul, indah dan menarik dalam percakapan, terutamanya apabila diwawancara oleh media.
Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.
Fahmi bentang lima bukti Malaysia kini di kedudukan lebih baik di bawah Kerajaan Perpaduan
Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lepas iaitu 4.8 peratus.
Manifestasi kuasa Ford Ranger Raptor generasi baharu
Bagi menghargai pelanggan setianya di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (S-D-A-C), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah melancarkan Ranger Raptor generasi baharu.
India berjaya uji peluru berpandu nuklear generasi baharu
Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan Pertahanan India berjaya menguji peluru berpandu nuklear balistik generasi baharu pada Isnin, memetik sumber kerajaan lapor Sputnik.
Jutawan Jepun cari kru kapal dalam 'misi menyeronokkan' ke bulan
Maezawa berkata tawaran itu dibuka kepada mereka yang berminat sekali gus mahu merealisasikan misi pertama yang dilakukan secara komersial.
Airbus sahkan penyertaan dalam tender pesawat peronda maritim Malaysia
Airbus berkata C295MPA adalah pilihan yang tepat untuk keperluan Malaysia, mewakili gabungan nilai dan keupayaan yang terbaik.
Beri peluang generasi baharu memimpin kerajaan - Dr Hussamuddin
Generasi baharu perlu diberi peluang untk memimpin organisasi, parti atau kerajaan, kata Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.