"Terima kasih Hatta Dolmat, I still can't move on..." - Haneesya Hanee

Gempak
Januari 28, 2019 22:59 MYT
Bukan calang-calang model yang dipilih untuk membuka pentas peragaan dan untuk itu Haneesya sangat bersyukur. - Foto Instagram
SELEPAS gelaran Ratu Remaja ditarik balik, rezeki Haneesya Hanee semakin melimpah ruah.
Selain menjadi pelakon dan model untuk majalah, kini langkah kaki Haneesya semakin pantas.
Terkini, Haneesya bukan sahaja dipilih sebagai salah seorang model untuk memperagakan rekaannya, tetapi pereka terkenal Hatta Dolmat turut menjadikan Haneesya sebagai model pertama beliau di pentas.
Bukan calang-calang model yang dipilih untuk membuka pentas peragaan dan untuk itu Haneesya sangat bersyukur.
BACA: 'Saya mohon maaf, tak pandai didik anak' - Ibu Haneesya
BACA: Selepas 72 jam, gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik
BACA: "Jangan salahkan ibu!" - Bekas juara Dewi Remaja, Haneesya Hanee
"I still can't move on from yesterday's fashion show for Hatta Dolmat's The Wedding KL.
"Thank you again Abang Hatta for having me as your model and for me to be the opening of your show is such a blessing," tulis Haneesya teruja.
Menurut Haneesya ianya merupakan hari yang tidak dapat dilupakan.
"A day to remember and more to come, Insya-Allah," harap Haneesya.
#Dewi Remaja #Haneesya Hanee #Hatta Dolmat #Instagram #model