"Saya dan pasukan produksi terkejut sebab filem ini tanpa bajet."
Itu luahan pengarah dan penerbit filem Geran, Mohd Shahreel Abu Bakar selepas mengetahui filem arahan pertamanya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19.
Beliau berkata, perasaan teruja dan gembira itu sukar untuk diungkapkan memandangkan kejayaan itu datang tanpa diduga.
"Pada mulanya saya terkejut sebab tidak pernah menjangka potensi filem ini boleh pergi sejauh itu.
"Tambahan pula Geran bukan sebuah filem yang ada bajet, sebaliknya kekuatan filem ini merujuk kepada jati diri rakyat Malaysia selain mempunyai identiti tersendiri," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
BACA: "Geran" menang anugerah di Festival Filem Asia New York 2020
Filem aksi persilatan, 'Geran' terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.
Kemenangan itu meletakkan pengarah filem Geran, Mohd Shahreel atau lebih dikenali sebagai Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.
BACA: Filem Geran bukti produk tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa - Saifuddin
Mohd Shahreel berkata, kejayaan itu akan menjadi perangsang buat industri perfileman negara untuk menghasilkan bahan yang bermutu dan berkualiti tinggi.
"Tidak dinafikan kejayaan ini akan menjadi batu lonjatan untuk menghasilkan lebih banyak filem-filem yang bermutu dan berkualiti tinggi pada masa hadapan.
"Filem ini berkisarkan semangat jati diri rakyat Malaysia yang difokuskan elemen seni silat mempertahankan diri antara budaya dan warisan negara yang perlu dijaga buat selama-lamanya," katanya.
Fauzi Suhaimi
Tue Aug 18 2020

MOHD SHAHREEL: Geran bukan sebuah filem yang ada bajet sebaliknya kekuatan filem ini merujuk kepada jati diri rakyat Malaysia selain mempunyai identiti tersendiri. - Foto Mohd Shahreel Abu Bakar
![[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023 [INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015571/25449825631679728281221_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023
Berikut adalah infografik berkenaan dengan Kos Haji, bayaran & bantuan kewangan Haji bagi tahun 2023. Sila klik untuk video penuh.

Arab Saudi, negara utama Timur Tengah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Arab Saudi sebagai negara utama bagi Malaysia di Timur Tengah.

Minat komuniti perniagaan melabur di Malaysia bukti kestabilan negara - PM Anwar
Minat komuniti perniagaan Arab Saudi untuk datang melabur di Malaysia merupakan bukti kukuh terhadap kestabilan politik yang dinikmati negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia terbuka adakan perbincangan semula pembinaan KSCIP
Beliau sendiri tidak bersetuju dengan kaedah penutupan operasi pusat berkenaan sebelum ini yang dibuat tanpa rundingan dengan kerajaan Arab Saudi.

AWANI Ringkas: KKM giat pantau klang pembekal bahan juala di bazar Ramadan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im, berkata rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.

Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.

Earth Hour: Matikan suis demi selamatkan bumi
Hari ini, Earth Hour menjadi acara global, dengan lebih 190 negara mengambil bahagian.

Harga dan bekalan ayam jadi tumpuan
Harga jualan dan bekalan ayam sentiasa menjadi tumpuan dalam kalangan pengguna, khususnya golongan peniaga setiap kali bulan Ramadan. Bagaimana pula dengan situasi Ramadan kali ini, adakah harga ayam meningkat? Adakah bekalan mencukupi? Astro AWANI lakukan tinjauan di Pasar Kuala Nerang.

PM berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Madinah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Madinah pada Jumaat. Anwar bersama delegasinya juga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah dan Makam Nabi Muhammad.

Terkejut filem tanpa bajet dapat anugerah - Pengarah Geran
Mohd Shahreel berkata, perasaan teruja dan gembira itu sukar untuk diungkapkan memandangkan kejayaan itu datang tanpa diduga.