'Terlajak Puteh, Nampak?' papar harta jutawan, beri netizen inspirasi

Nizam Bakeri
Januari 12, 2016 07:17 MYT
Trio jutawan yang telah sinonim dengan industri kosmetik dan dunia hiburan tempatan: (Dari kiri) Datuk Seri Vida, Dato' Aliff Syukri, dan Rita Dato' Susilawati - Foto fail
RANCANGAN Terlajak Puteh, Nampak? yang disiarkan Disember lalu di Astro H!Live sempena ketibaan tahun baru 2016 terus menjadi bualan sehingga kini.
Menurut Daily Seni, tayangan rancangan tersebut di laman Facebook dan YouTube telah mencecah lebih tiga juta tontonan.
Terlajak Puteh, Nampak? menampilkan hos tersohor Datuk Aznil Haji Nawawi yang membawa penonton ke kediaman agam tiga jutawan kosmetik - Datuk Aliff Syukri (pemilik D’Herbs), Rita Datuk Susilawati (pengarah urusan Nouvelle Visages), dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (pengasas jenama Qu Puteh & Pamoga) yang baru-baru ini mengesahkan tajaannya terhadap pasukan bola sepak Kelantan.
Walaupun wujud sesetengah netizen yang berpandangan sinis dengan rancangan tersebut yang dianggap hanya mahu menonjolkan kekayaan trio jutawan itu semata-mata, ramai juga yang berpendapat rancangan tersebut memberi inspirasi.
BACA: Dilabel orang kaya bodoh, Datuk 'Terlajak Laris' mengamuk
BACA: Hati Datuk Seri Vida terguris apabila disumpah dalam dialek Kelantan
Mereka kagum dengan kejayaan tiga jutawan tersebut dan kemewahan yang dipaparkan menjadi inspirasi untuk mereka berusaha lebih gigih dalam kehidupan.
Netizen turut menambah bahawa perhatian perlu diberi kepada resepi kejayaan para jutawan ini yang berusaha dari bawah sebelum memiliki segala-galanya: rumah agam, kereta berkuasa tinggi, kasut eksklusif rekaan antarabangsa, malah tiara bertatah berlian.

So I finally watched the “Terlajak Putih Nampak” show hosted by a funny host, Pak Nil (Aznil Nawawi) from Youtube today...

Posted by AnGie Chin-Tan on

Respect dgn kejayaan #terlajakputehnampak dengan usaha gigih diorg! #BeranganJappp ahaha

— LuqmaNZin (@LuqmaNZin) January 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Just watched #terlajakputehnampak. Somehow I felt proud and more inspired to work harder.

— Zaifrul Assiddiq (@zaifrulassiddiq) January 8, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menunjuk kekayaan berdasarkan hasil kerje sendiri . Tu baru boleh di banggakan. #terlajakputehnampak

— IG_nrlzaty (@Nrl_Ali) January 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Suka aku tengok terlajak puteh nampak. Motivate sgt. Bestnya dr susah jadi kayaaaa rayaaaa

— Noya (@Nordnoyaa) January 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Inspired lah jugak tengok TerlajakPutehNampak ni they made themselves rich.

— natasha jafri (@nurulnaatasha) January 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tapi bestlaa kehidupan dorg. Sumber inspirasi #terlajakputehnampak

— Lebah (@nbhhehsn) January 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tiga2 usahawan berjaya #terlajakputehnampak great show for young adults to success @AstroRia104 shud do morebru naik self confidence

— Jennifer Rochelle (@JenJonnas) January 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lepas tengok terlajakputehnampak ni aku rasa nak bukak bisnes pulak. Huhu

— Syafiqah Shamsudin (@Syafiqah77_) January 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Melimpah ruah rezeki diorang. Ahamdulillah, I'm happy for each one of them! #terlajakputehnampak

— Nola Bear (@Chloxacillin) January 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dr Vida ni idola aku. Serius tengok program Terlajak Puteh Nampak tu, terus terinspirasi. Dah kaya, tak sombong, tak fake. Tabik dato'!

— EFAN FAZRIL (@superheroku_) January 10, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rancangan hasil buah fikir penerbit Syazwan Zakariah itu dinamakan Terlajak Puteh, Nampak? sempena gabungan slogan yang sering digunakan oleh trio jutawan berkenaan: 'Terlajak Laris' (Datuk Aliff Syukri), 'Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh' (Datuk Seri Vida), dan 'Nampak Lawa' (Rita Datuk Sosilawati).
#Dato' Aliff Syukri #Datuk Seri Vida #Qu Puteh #Rita Sosilawati #terlajak laris