awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terpegun dengar bacaan al-Quran, ramai nak jadikan Amir Ahnaf suami

Gempak
Gempak
10/09/2023
00:00 MYT
Terpegun dengar bacaan al-Quran, ramai nak jadikan Amir Ahnaf suami
Sebelum ini, Amir menjadi kegilaan para gadis selepas membintangi drama hit Astro Originals berjudul Projek High Council. - Gempak
PELAKON Amir Ahnaf mendapat perhatian netizen apabila video yang merakamkan dirinya mengaji menjadi tular di media sosial.
Video itu dikongsi oleh personaliti media sosial yang terkenal dengan kandungan Islamik iaitu Qawiyaro di akaun TikTok miliknya.
Menariknya video tersebut merakamkan Qawiyaro atau nama lebih mesra dengan panggilan Qawi melakukan cabaran #quranchallenge kepada Amir yang terkenal dengan gelaran Kapla High Council.
Amir yang kelihatan tenang menyahut cabaran itu dan membacakan surah Al-Quran yang diberikan oleh Qawi tanpa teragak-agak.
“Tebuk ngaji Kapla High Council. MasyaAllah merdunya suara patutlah ramai cair,” tulis Qawi.
Disebabkan itu juga ruangan komen video itu dipenuhi dengan luahan rasa kagum netizen terhadap Amir.
Malah tidak kurang juga ada yang mengusik Amir dengan menyatakan hasrat untuk menjadikan dirinya sebagai suami.
Sebelum ini, Amir menjadi kegilaan para gadis selepas membintangi drama hit Astro Originals berjudul Projek High Council.
Menerusi drama itu, Amir membawakan watak Kahar atau lebih dikenali sebagai Kapla dalam siri berkenaan. - Gempak
Topic Berkaitan
#Amir Ahnaf
#bacaan al-Quran
#Qawiyaro
#Kapla High Council
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan