TIDAK lengkap rasanya menyambut Syawal tanpa sebarang filem menarik khususnya yang sesuai ditonton seisi keluarga.
Setiap kali raya menjelma, pasti ramai ahli keluarga berkumpul di ruang tamu dan ketika inilah masa paling sesuai untuk menyaksikan filem yang boleh mengundang gelak ketawa dan mesej positif.
Berita baik buat anda semua, filem pelawak legenda Senario iaitu "Jaga-Jaga Senariounion" telah pun ditayangkan sejak minggu lalu dan pastinya sesuai dilayan ketika Syawal ini.
Menampilkan hampir kesemua ahli asal kumpulan Senario, jalan cerita kali ini menyaksikan pelbagai elemen lebih segar dan penuh plot twist.
Malah, ramai akui konsep filem terbaru ini agak berbeza dengan karya sutradara Aziz M Osman sebelum ini.
Jadi, apa kata layan filem "Jaga-Jaga Senariounion" sepanjang sambutan Syawal kali ini.
Sekadar info, Sekadar info, kisah "Jaga-Jaga Senariounion" bermula di hari majlis pernikahan anak Datuk Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.
Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.
Semuanya menjadi teka-teki.
Anda boleh melanggan dan saksikan "Jaga-Jaga Senariounion" Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Mon May 02 2022

Menampilkan hampir kesemua ahli asal kumpulan Senario, jalan cerita kali ini menyaksikan pelbagai elemen lebih segar dan penuh plot twist. - Gempak

Alam Sekitar | Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim
Kerajaan Sarawak akan menggubal dasar perubahan iklim selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata dasar yang memfokuskan kepada sumber tenaga hijau seperti kuasa hidro, tenaga solar dan hidrogen itu akan dibuat selepas selesai satu kajian di bawah tempoh RMK-12.

Warga emas cedera dipukul tiga penyamun rumah sarang burung
Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili.

Isu Kanabis, Hem | Ramai pesakit guna untuk perubatan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengiktiraf ramai pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan. Menurut Pengerusi Kaukus Medical Marijuana, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pesakit berkenaan bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

Dasar Luar China | Malaysia perlu pelajari pembangunan ekonomi China
Dasar luar China yang kini berubah kepada apa yang disifatkan oleh media barat sebagai dasar luar agresif menimbulkan kegusaran implikasinya terhadap negara-negara Asia Tenggara. Bagaimanapun menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan), Help Universiti, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, apa yang penting adalah Malaysia perlu mempelajari pembangunan ekonomi di republik itu.

Didakwa sebagai 'pelampau', penceramah Indonesia Abdul Somad dilarang masuk Singapura
Singapura menjadi negara keenam yang melarang kemasukan Abdul Somad.

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

'Walaupun menimbulkan kegusaran, Malaysia boleh belajar dari dasar luar China'
Penting bagi Malaysia mengambil iktibar daripada dasar luar tersebut, terutama berkaitan selok-belok pembangunan ekonomi.

Harga emas turun, kedai emas kena serbu
Tinjuan mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi walaupun kedai emas mula beroperasi jam 10 pagi.

China Eastern MU5735: Tiada kenyataan berhubung nahas dikeluarkan NTSB - CAAC
CAAC dalam pada itu berkata ia akan berhubung dengan pasukan penyiasat NTSB dan menerbitkan maklumat tepat berhubung tragedi apabila tiba masanya.
![[TERKINI] Syed Saddiq keluar kenyataan solidariti kepada Yassin [TERKINI] Syed Saddiq keluar kenyataan solidariti kepada Yassin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967463/thumbnails/41447416701652849943688_640x360.jpg)
[TERKINI] Syed Saddiq keluar kenyataan solidariti kepada Yassin
Ahli Parlimen Muar yang juga pengasas parti MUDA mengeluarkan kenyataan sebagai tanda solidariti kepada penyanyi dan komposer Yassin yang kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara. Kata Syed Saddiq, kerajaan harus mengiktiraf bahawa banyak pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan.

Teruja raya awal? Jom layan 'Jaga-Jaga Senariounion', pasti berdekah satu rumah
Filem "Jaga-Jaga Senariounion" telah pun ditayangkan sejak minggu lalu dan pastinya sesuai dilayan ketika Syawal ini.

'Kenduri nikah paling ribut!' - Penonton tersembur gelak, puas layan Jaga-Jaga Senariounion
Keterujaan luar biasa itu dilihat apabila ramai peminat meluahkan rasa puas mereka menonton filem berkenaan.

'Terima kasih tunai hajat kami' - Peminat teruja tonton Jaga-Jaga Senariounion
Ada yang berjaga tengah malam tadi menantikan tayangan awal pagi, namun tidak kurang juga mahu menonton dengan tujuan mengimbau kenangan lama.