awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tetap berterima kasih pada bekas suami' - Sikap matang Mizz Nina dapat pujian

Pa and Ma
Pa and Ma
05/08/2022
04:50 MYT
'Tetap berterima kasih pada bekas suami' - Sikap matang Mizz Nina dapat pujian
Mizz Nina bersama anak angkatnya, Musa. - Majalah Pa&Ma
KITA baru sahaja menerima berita yang mengejutkan ramai pihak apabila pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh sudah berpisah talak satu semalam di Mahkamah Syariah Daerah Gombak semalam.
Rata-rata sedih mendengar keputusan tersebut, malah ramai yang memuji sikap pasangan ini yang tidak menceritakan tentang masalah rumahtangga kepada umum walaupun mereka selebriti kesayangan ramai.
Ini antara sikap Mizz Nina sebagai isteri dan ibu yang boleh dicontohi ramai. Perwatakanya yang lemah lembut, tutur kata yang baik pasti membuatkan ramai yang senang dengannya. Ikuti perkongsian daripada Puan Suryani Yaakop ini.
"Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh. Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi. Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap secara terbuka. Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati. Tetap berterima kasih pada bekas suami. Tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah. Dalam post yang lain tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Setiap satu ujian sentiasa ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Indeed. May you grow strong."
Kami mendoakan agar Mizz Nina, Noh Salleh dan baby Musa sentiasa dalam rahmat-Nya.
Topic Berkaitan
#mahkamah syariah
#cerai
#masalah rumah tangga
#Mizz Nina-Noh Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan