KUALA LUMPUR: Vokalis Hujan, Noh Salleh, dan isterinya. Mizz Nina, mengesahkan sudah bercerai.
Kedua-dua mereka memuat naik kenyataan itu ke Instagram masing-masing, malam Khamis.
"Selepas banyak berfikir dan membuat pertimbangan yang teliti, kami berdua bersetuju membawa haluan masing-masing.
"Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan pelbagai suka-duka.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kami atas kasih sayang kepada kami selama ini. Jangan bimbang, kami masih berkawan dan mendoakan kebaikan untuk satu sama lain," kata mereka.
Tidak memperincikan bilakah tarikh mereka bercerai, pasangan itu juga meminta orang ramai menghentikan spekulasi serta khabar angin, dan menghormati privasi mereka.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. April lalu, pasangan itu mengumumkan kehadiran bayi lelaki bernama Musa yang diambil sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.
Beberapa portal tempatan hari ini melaporkan timbul spekulasi mereka sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di ibu negara pada Rabu.
Pasangan itu dilaporkan terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Noh, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37 dan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42 mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.
Mereka turut memperkenalkan Musa sebagai anak angkat mereka sekitar April lalu.
Astro Awani
Thu Aug 04 2022
Kedua-dua mereka memuat naik kenyataan itu ke Instagram masing-masing, sebentar tadi. - Gambar fail
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Noh terkejut Mizz Nina tarik semula kes penjagaan penuh, inter-parte Musa
Menurut Noh, dia hanya mahukan kebenaran kerana mendakwa dirinya sudah dianiaya.
Prosiding sulh: Noh harapkan penyelesaian terbaik, Mizz Nina diwakili suami
Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.
"Musa dibawa keluar dari rumah tanpa izin ketika saya di luar negara" - Mizz Nina
Mizz Nina mendedahkan anak angkatnya, Musa, telah dibawa keluar dari kediamannya tanpa izin dan pengetahuannya ketika dia berada di luar negara.
"Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati Saya" - Noh berat hati serah Musa kepada Mizz Nina
Noh akur perintah mahkamah, kesihatan mental dan fizikal Musa sentiasa menjadi keutamaan.
'Aku tak ambil dadah, tak minum arak, tak sosial kat kelab' - Noh Salleh
Jelas Noh, dia akan berdepan dengan perasaan cemas setiap kali membuat persembahan di hadapan peminat yang ramai.
Noh Salleh dan Athira selamat bernikah
Penyanyi Noh Salleh selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Fatin Athirah Mustapa hari ini.
"Itu tunang saya, kita akan kahwin..." - Noh Salleh
Difahamkan, Noh bakal bakal mendirikan rumah tangga dengan Fatin yang juga seorang peguam pada 23 September ini (Sabtu) di Puchong, Selangor.
Sah Noh Salleh, Fatin Athira kahwin 23 September
Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.
Berebut anak, Noh Salleh dedah kehidupannya sukar selepas bercerai
"Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar," dedah Noh.
"Industri muzik sihat, artis Malaysia dah macam level BLACKPINK" - Noh Salleh
Noh Salleh sempat menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran penonton di konsert Patah Hati pada Rabu di Zepp Kuala Lumpur.