PELAKON Didie Alias beryukur dapat bersama-sama menguruskan serta mengiringi perjalanan akhir bekas suaminya, Ridzuan Hashim yang meninggal dunia pada Khamis.
Kata Didie kepada Gempak, ia mengambil itu sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan ikhlas tanpa ada rasa dendam.
"Saya rasa ini tanggungjawab saya, walaupun arwah hanya bekas suami saya tapi dia adalah ayah kepada anak-anak saya.
"Syukur saya dapat selesaikan perjalanan terakhirnya. Ia diatur sangat baik dari nafas terakhirnya siang tadi sehingga ke liang lahad.
"Ini semua aturan Allah, saya secara ikhlas sudah reda dengan pemergiannya, malah sudah lama memaafkannya serta menghalalkan makan minumnya," katanya.
Didie ditemui selepas selesai pengebumian Ridzuan Hashim di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada Khamis.
Dalam masa yang sama, Didie tidak menafikan bahawa dia sendiri masih terkejut dengan pemergian Allahyarham Ridzuan kerana baru sahaja berjumpa selepas menghantarkan makanan pada malam semalam, sebelum hari kematiannya.
"Dia pergi tanpa memberi apa-apa petunjuk kepada kami. Saya juga masih terkejut dengan pemergiannya kerana baru sahaja malam sebelumnya kami berjumpa kerana saya datang ke rumahnya untuk menghantar rendang yang saya masak.
"Saya akan masak lebih di rumah dan sering juga hantar makanan untuknya dan anak kami Dhanial yang tinggal bersamanya.
"Dia suka masakan saya katanya 'rendang mommy sedap, memang champion'.
"Apa-apa pun kita semua akan mati, dia seorang yang tak suka nak susahkan orang lain dan Alhamdulilah dia pergi dengan cara yang baik," kongsinya lagi.
Terdahulu, Ridzuan, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas disyaki terkena serangan jantung pagi Khamis.
Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan Didie Alias sendiri menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang semalam.
Ridzuan berkahwin dengan Didie pada 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.
Gempak
Fri May 05 2023
Didie ditemui selepas selesai pengebumian Ridzuan Hashim di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada Khamis. - Foto Gempak
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Welcome to the D's family' - Anak teruna Didie Alias selamat diijab kabul
Didie turut memanjatkan kesyukuran di atas kelancaran majlis tersebut serta gembira menerima kehadiran ahli keluarga baharu.
"Arwah yang bawa saya dalam industri ini"- Alyah dedah Ridzuan Hashim saudaranya
Alyah mendedahkan Ridzuan Hashim mempunyai pertalian keluarga dengannya dan merupakan individu terawal yang membantu kerjaya seninya.
Belasungkawa: Pengorbanan seorang Ridzuan Hashim; antara cinta dan kelangsungan hidup
Malaysia kini kehilangan pelakon Ridzuan Hashim, anak seni yang berwibawa dan berjiwa besar.
Tiada dendam, dia ayah kepada anak-anak saya - Didie Alias syukur dapat uruskan bekas suami
Katanya, dia mengambil perkara itu sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan ikhlas tanpa ada rasa dendam.
"Mak Wan tidak berduit, tiada harta, tidak perlu jatuhkan dia" - Didie Alias simpati nasib Mak Wan Latah
Hentikan benda mengarut, nasihat Didie pada pihak yang heret Mak Wan Latah ke mahkamah.
Mak Wan Latah ke mahkamah 28 Julai - Didie Alias kongsi perkembangan isu dengan bekas pembantu peribadi
Didie Alias harap isu Mak Wan Latah dapat diselesaikan secepat mungkin.
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
Didie Alias hilang 5 ahli keluarga akibat COVID-19: 'Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga...'
Wabak COVID-19 sememangnya memberi impak yang besar apatah lagi buat mereka yang kehilangan ahli keluarga.
Didie Alias kongsi rasa terharu anak berjaya peroleh Ijazah Sarjana Muda
Rezeki Didie bulan ni dapat dua berita gembira..
"Walaupun 'blonde', dia tak bodoh" - Didie Alias puji peguam
Didie Alias memuji kecekapan peguamnya.