HIBURAN

Tiba di Mahkamah Syariah, Puteri Sarah Liyana kelihatan 'bersemangat'

Faida Rahim 16/01/2023 | 03:00 MYT
Puteri Sarah melambai kepada media, memaklumkan dia bersemangat selepas bangun dari tidur pagi ini. - Foto Astro AWANI/Azrul Rafie
KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana kelihatan tenang ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini, pagi ini.

Puteri Sarah tiba di perkarangan mahkamah diiringi adik-beradiknya sekitar jam 10.25 pagi.

Ketika disoal perasaannya apabila ditemui pihak media, Puteri Sarah memaklumkan ‘bersemangat’ selepas bangun dari tidur pagi ini.

Pelakon berusia 38 tahun ini dijangka memfailkan perceraian terhadap suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof, hari ini.

BACA: Puteri Sarah fail cerai Isnin ini




#mahkamah syariah #cerai #puteri sarah liyana #Syamsul Yusof