awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Sarah fail cerai Isnin ini

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2023
08:09 MYT
Puteri Sarah fail cerai Isnin ini
Dua hari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul 'melepaskannya' kerana tidak rela dimadukan.- Instagram Puteri Sarah Liyana
KUALA LUMPUR: Selepas menegaskan mahu berpisah dengan suaminya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilaporkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin ini.
Ia sepatutnya difailkan pada Khamis, namun tertangguh ke minggu depan selepas isteri kepada Syamsul Yusof itu sedang menjalani penggambaran di Port Dickson.
Mengesahkan perkara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, hanya permohonan cerai sahaja akan difailkan pada hari tersebut.
Ditanya sama ada model itu akan hadir di mahkamah bagi permohonan cerai tersebut, Akberdin berkata, ‘pasti hadir’.
Dua hari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul 'melepaskannya' kerana tidak rela dimadukan.
"Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu," katanya.
BACA: "Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand" - Puteri Sarah
Syamsul pula dalam satu temu bual eksklusif media berkata, dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Pengarah itu turut meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.
BACA: "Lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu" - Mesej Puteri Sarah buat Syamsul
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu. — Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Puteri Sarah
#Syamsul Yusof
#mohon penceraian
#Ira Kazar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan