KUALA LUMPUR: Misteri siapa di sebalik topeng bunga matahari akhirnya terungkai.

Dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy adalah selebriti di sebalik maskot tersebut.

Kemenangan itu mengenepikan kedudukan pesaing lain seperti biskut aiskrim, mat helang, sang kancil, dan teratai untuk merebut gelaran juara.

Peserta TMSMY4 diadili barisan juri tetap antaranya Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang. 

Penonton juga mempunyai kuasa menentukan juara dengan undian 20 peratus.

Sementara itu, pengacara, Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program itu yang berlangsung secara langsung selama 10 minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.