awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Bennett meninggal dunia pada usia 96 tahun

Agensi
Agensi
21/07/2023
13:43 MYT
Tony Bennett meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian legenda itu disahkan oleh pegawai publisitinya Sylvia Weiner menerusi satu kenyataan.
NEW YORK: Penyanyi pop dan jazz popular yang merangkul 20 Anugerah Grammy, Tony Bennett meninggal dunia pada usia 96 tahun, pada Jumaat.
Pemergian legenda itu disahkan oleh pegawai publisitinya Sylvia Weiner menerusi satu kenyataan kepada AP.
Menurut Weiner, Bennett meninggal dunia di kampung halamannya di New York.
"Tiada sebarang punca kematian secara khusus namun Bennett didiagnosis dengan penyakit Alzheimer pada tahun 2016," ujarnya.
Ini lima perkara mengenai Bennett:
  1. Bennett berkecimpung dalam industri muzik hampir lapan dekad, bermula dari tahun 1950-an hingga tahun 2021. Kebolehan mendiang yang luar biasa meletakkan beliau untuk terus relevan dan popular sepanjang zaman seterusnya menjadikan beliau sebagai contoh artis yang berjaya.
  2. Bennett juga diiktiraf sebagai salah seorang penyanyi terbaik yang memahami dan menafsirkan Great American Songbook. Koleksi lagu-lagu ini merangkumi karya-karya klasik Amerika Syarikat yang popular dari tahun 1920 hingga 1960-an. Bakat Bennett dalam memberikan sentuhan peribadi dan bermakna kepada lagu-lagu ini menjadikannya sebagai legenda dalam muzik klasik.
  3. Lagu I Left My Heart in San Francisco yang dikeluarkan pada 1962 merupakan satu pencapaian terbesar buat Bennett. Lagu ini telah mengukuhkan kewibawaannya sebagai penyanyi popular terkenal. Lagu itu turut meraih Anugerah Grammy bagi kategori Rekod Lagu Terbaik pada 1963.
  4. Bennett turut mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada artis-artis terkenal seperti Frank Sinatra. Sinatra pernah menyebut mendiang sebagai penyanyi popular dan terhebat di dunia.
  5. Meskipun status kesihatannya yang semakin memburuk selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada 2016, Bennett tetap terus menunjukkan semangat dan ketabahan yang mengagumkan dalam meneruskan karier muziknya. Beliau tidak berhenti membuat persembahan dan rakaman. Ia menjadi inspirasi kepada orang ramai dan rakan-rakan artis di dunia.
Topic Berkaitan
#Tony Bennett
#Grammy Awards
#Alzheimer
#selebriti antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan