awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler filem Keluang Man dikeluarkan, tambah keterujaan peminat

Bernama
Bernama
24/04/2025
03:45 MYT
Treler filem Keluang Man dikeluarkan, tambah keterujaan peminat
Keluang Man bukan sekadar sebuah filem, tetapi permulaan kepada semesta sinematik tempatan yang menyatukan elemen hiburan, komersial dan warisan tempatan. - Foto Facebook/Keluang Man
KUALA LUMPUR: Setelah tiga tahun usaha pembikinannya diumumkan, filem aksi adiwira tempatan yang dinanti-nantikan, Keluang Man, mengeluarkan treler rasminya semalam, sekali gus menambah keterujaan peminat siri animasi itu menjelang tayangannya di pawagan seluruh negara pada 29 Mei ini.
Filem arahan Anwari Ashraf itu bukan sahaja memaparkan dunia Keluang Man versi moden, namun turut memasukkan elemen aksi mendebarkan serta visual sinematik berkualiti tinggi yang tentu dapat meraih perhatian bukan sahaja peminat setia, malah generasi penonton yang baharu.
Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad berkata sejak projek filem ini diumumkan tiga tahun lalu, pelbagai usaha telah digerakkan bagi menjayakannya.
"Kami teruja untuk memperkenalkan adiwira ikonik Malaysia ini dengan cara yang memberi impak merentasi pelbagai platform.
"Antaranya kerjasama strategik bersama Kopi Wonda, kemunculan sulung Keluang Ma dalam sut lengkap semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 serta mural gergasi di Kluang, Johor," katanya pada majlis pelancaran treler rasmi filem itu, di sini, semalam.
Beliau berkata Keluang Man bukan sekadar sebuah filem, tetapi permulaan kepada semesta sinematik tempatan yang menyatukan elemen hiburan, komersial dan warisan tempatan.
Filem arahan Anwari Ashraf itu menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Nas Muammar Zar atau Nas-T, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Siri animasi Keluang Man yang diilhamkan Kamn Ismail pula disiarkan di kaca televisyen sebanyak tujuh siri dengan 140 episod dalam tempoh 1998 hingga 2005.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Keluang Man
#treler
#pawagam
#Anwari Ashraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan