Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli, rumah tangga bergolak sejak April

Uqasha Senrose memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada lagi persefahaman dan pergolakan rumah tangga sejak April. -Foto fail/Gempak
SPEKULASI mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya terjawab apabila pelakon wanita itu dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Ringkasan AI
- Uqasha Senrose memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada lagi persefahaman dan pergolakan rumah tangga sejak April.
- Pasangan itu tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya, manakala tiada usaha dipujuk oleh pihak suami.
- Prosiding cerai sedang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dan akan diteruskan mengikut peruntukan undang-undang syariah.
Tambah beliau, tiada usaha dilakukan oleh pihak suami untuk memujuk atau menyelamatkan perkahwinan tersebut.
Sumber terdekat turut mengesahkan bahawa pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung, dengan Uqasha kini menetap di kediaman ibunya.
Sebelum ini, beberapa hantaran berbaur luahan hati di media sosial milik Uqasha menarik perhatian netizen dan mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai status rumah tangga mereka.
Namun, ketika ditemui di program hiburan MeleTOP baru-baru ini, Uqasha enggan mengulas lanjut dan memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan.
Pasangan selebriti itu disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.
Prosiding kes cerai dijangka diteruskan dalam masa terdekat dan pihak mahkamah akan menentukan langkah seterusnya mengikut peruntukan undang-undang syariah yang berkaitan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami