awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usop ikrar jadi suami terbaik buat Nur Fatihah

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2022
04:30 MYT
Usop ikrar jadi suami terbaik buat Nur Fatihah
Usop, 24, dan Nur Fatihah, 25, selamat disatukan sebagai suami isteri di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Butterworth pada Jumaat.
BUTTERWORTH: Naib Juara Big Stage 2020, Usop yang kini bergelar suami kepada Nur Fatihah berikrar untuk menjadi suami yang mithali.
Kepada keluarga mertuanya, Usop atau nama sebenarnya, Muhamad Saiful Naim Mohd Noor berjanji akan membahagiakan Nur Fatihah atau nama sebenarnya, Nur Fatihah Md Hashim.
“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” kata Usop dalam wajah berseri-seri usai majlis akad nikah dengan Nur Fatihah hari ini.
Pasangan pengantin baharu itu melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam di sini.
Usop, 24, dan Nur Fatihah, 25, yang berasal dari Sungai Dua di sini, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Harun Idris dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin.
Dalam majlis itu, Usop menyerahkan mas kahwin berjumlah RM3,000 beserta tujuh dulang berbalas sembilan daripada pihak Nur Fatihah.
Usop juga menghadiahkan isterinya seutas gelang tangan.
Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021.
Usop dan Nur Fatihah juga akan diraikan dalam dua acara resepsi pada malam ini anjuran keluarga perempuan sementara majlis persandingan di sebelah lelaki akan diadakan pada 13 Februari ini di Kulim, Kedah.
Berkongsi kisah percintaan mereka, perkenalan Usop dan Nur Fatiha mula terjalin sejak dua tahun lalu.
Kata Usop, apa yang diharapkan ialah peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagiaan dirinya dan Nur Fatihah.
Topic Berkaitan
#Usop
#Big Stage 2020
#Usop kahwin
#Nur Fatihah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan