ENTERTAINMENT
Vape membunuh? Netizen tak puas hati dengan pandangan Dr Amalina
Dr Amalina berkongsi pautan artikel yang melaporkan 11 kematian di Amerika Syarikat didakwa berpunca daripada pengunaan vape. - Foto Astro GEMPAK
DOKTOR bedah Dr Nur Amalina Che Bakri melahirkan rasa bimbangnya terhadap penggunaan elektronik atau vape yang semakin menjadi kegilaan golongan muda ketika ini.
Meluahkan pendapatnya menerusi Twitter, Dr Amalina berkongsi pautan artikel yang melaporkan 11 kematian di Amerika Syarikat didakwa berpunca daripada pengunaan vape.
"Setakat ini, ada 11 kematian yang berkaitan dengan vaping dan beratus-ratus orang mengalami masalah paru-paru dan sistem pernafasan.
"Kes masih lagi dalam siasatan Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Food and Drug Administration (FDA). Elakkan diri anda daripada terus menggunakan rokok elektronik atau vape," katanya.
Sementara itu, dalam posting terbaharunya Amalina turut berkongsi laporan terkini berkaitan kes berkenaan.
"Kematian ke-11 di Amerika tidak dikaitkan dengan penggunaan dadah termasuk ganja/THC di dalam cecair vape.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Mangsa yang mati hanya menggunakan vape nikotin. Sangat berguna untuk kita tahu punca sebenar kematian ini. Masih menantikan laporan dari CDC," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Masih menunggu laporan rasmi la, saya vape sejak 2011, so far okay. Tapi risau juga," kata seorang pengguna Twitter.
"Kenapa tak cerita kematian pasal rokok," kata netizen lain.
Rokok elektronik atau vape kini menjadi alternatif untuk individu yang mahu berhenti merokok tetapi terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan ia berbahaya untuk kesihatan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#amalina bakri
#centers for disease control and prevention
#e-cigarette
#Food and Drug Administration
#rokok elektronik
#siasatan
#vape