Azan adalah amalan yang dikerjakan oleh umat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu.

Keindahan setiap lafaz yang dilaungkan dalam Azan adalah untuk menyeru orang-orang Mukim supaya berkumpul untuk mengerjakan solat. Sebagai panduan, Azan bermaksud ‘Al-I’Lam” (pemberitahuan) atau “An-Nida” (seruan).

Hukum melaungkan azan adalah Sunat Muakkad ketika hendak mendirikan solat fardu dan menurut Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banya kelebihan dan pahal yang besar.

Sejak di hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan Al-Mubarak, Astro telah menyiarkan laungan Azan yang dijayakan oleh dua individu istimewa iaitu Ustaz Aqlam Jafrim Bendahari di Prisma (Persatuan Orang Pekak Malaysia) dan Encik Ismail dan Cikgu Ahmad Rozaimai selaku jurubahasa isyarat agama.

Apa yang menarik, laungan Azan bersempena di bulan Ramadan ini dikendalikan dengan jayanya oleh dua individu yang bergelar OKU(Orang Kurang Upaya) cacat penglihatan dan pendengaran.

Lebih istimewa mereka menggunakan bahasa isyarat dalam Bahasa Malaysia dengan sedikit sentuhan bahasa Arab untuk memudahkan mereka yang kurang upaya untuk menghayati dan memahami keindahan laungan azan.

Rata-rata pengguna di media sosial yang sangat kagum dengan keupayaan golongan kurang upaya (OKU) melaungkan azan dengan baik dan berkesan sekali.

Para pelanggan boleh menonton laungan Azan yang disiarkan menerusi Astro Oasis (106), Maya HD (135), Astro Prima (105) dan Astro Ria (104).