CADANGAN Finas hendak menilai semula Skim Wajib Tayang filem tempatan di pawagam amat dialu-alukan.
Penilaian semula ini hendaknya bukan bertujuan memberi naungan kepada filem-filem yang tidak mencapai tahap standard dan keperluan tertentu dari segi pemameran dan tayangan. Tidak juga untuk memberi ruang kepada filem-filem yang tidak serasi dengan matlamat pembangunan filem nasional di negara ini, seperti
dimaktubkan di dalam akta perbadanan itu.
Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan dalam tahun 1985 itu pada asalnya bertujuan memastikan filem-filem keluaran tempatan mendapat jaminan tempat tayangan di pawagam-pawagam yang dilesenkan Finas dalam jangka masa tertentu. Kini, ia telah berjalan dan memasuki tempoh 40 tahun lamanya.
Kerana negara, masyarakat dan teknologi sinema kini telah berkembang, dan medan pameran filem telah terbuka luas, peluang dan ruang yang sama rata bagi semua kategori filem untuk beredar, tidak lagi boleh dimonpoli oleh mana-mana pihak secara mutlak. Ia kini lebih ditentukan oleh sentimen pemasaran atau market driven yang kuat pengaruhnya.
Selama 40 tahun itu juga Finas tentu sekali mempunyai maklumat dan data yang kukuh untuk menilai kedudukan skim tersebut pada masa ini.
Walaupun begitu saya berpendapat kuasa Finas untuk melaksanakan wajib tayang bagi filem-filem tertentu pada masa tertentu hendaklah terus dikekalkan. Lebih-lebih lagi ketika usaha untuk melahirkan filem-filem kandungan tempatan yang bernilai tinggi, yang tidak begitu berciri popular, seperti filem kenegaraan misalnya sedang giat digalakkan penerbitannya.
Tanpa perlindungan yang sewajarnya melalui Skim Wajib Tayang tentunya kalangan penerbit yang berminat akan berkurangan.
Seperkara yang penting ialah filem-filem jenis ini mempunyai nilai daya saing atau competitive edge yang tinggi di medan apresiasi dan persaingan antarabangsa. Dan, Malaysia tidak seharusnya membelakangkan ini.
Kajian semula itu juga patut menentukan pemilik pawagam yang mendapat hasil langsung dari jualan tiket memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mempromosikan filem-filem berkenaan.
Prof. Ts Dr Mahadi J Murat
Presiden
Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia
Kolumnis AWANI
Sat Jan 06 2024
Finas diyakini mempunyai maklumat dan data yang kukuh untuk menilai kedudukan Skim Wajib Tayang pada masa ini.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Wajib tayang: Finas perlu memilih bulu...
Cadangan Finas hendak menilai semula Skim Wajib Tayang filem tempatan di pawagam amat dialu-alukan.