awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakili Malaysia di Korea, Vanidah Imran berdebar tunjuk aksi silat

Gempak
Gempak
23/08/2019
14:00 MYT
Wakili Malaysia di Korea, Vanidah Imran berdebar tunjuk aksi silat
VANIDAH: Peluang yang diberikan saya galas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menjadi penghormatan besar untuk saya dalam mewakili Malaysia.
PELAKON jelita, Vanidah Imran bakal mewakili Malaysia dalam Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) 2019 di Korea Selatan bersama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi).
Bakal berada di Korea Selatan bermula 29 Ogos hingga 7 September ini, Vanidah bersama 19 peserta lain bakal mewakili Malaysia dan bersaing dengan atlet-atlet dari 100 negara lain.
"Sebenarnya, sudah tiga tahun saya melibatkan diri dalam Pusaka Hanafi. Tetapi saya kurang berkongsi mengenai penglibatan saya di laman sosial.
"Saya terpilih untuk mewakili Malaysia bersama 19 peserta yang lain dan kami telah menjalani latihan secara intensif selama dua bulan.
"Insya-Allah, kami akan melakukan persembahan terbaik di sana. Rasa berdebar itu ada kerana kami mewakili Malaysia, tetapi kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik demi negara tercinta," kata Vanidah.
Kongsi Vanidah lagi, minatnya mula timbul ketika mempelajari silat untuk persembahan teater.
"Sebelum ini saya ada belajar beberapa jenis silat dan seni mempertahankan diri untuk lakonan drama, filem atau teater tetapi saya hanya belajar yang asas sahaja.
"Saya terbuka hati untuk mempelajari Pusaka Hati dengan lebih mendalam selepas terlibat dengan pementasan teater. Tak pernah terfikir untuk mendalami bidang ini dengan lebih serius sehingga mewakili Malaysia.
"Peluang yang diberikan saya galas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menjadi penghormatan besar untuk saya dalam mewakili Malaysia," katanya lagi.
Dalam pada itu, sumbangan orang ramai yang mahu membantu pasukan Pusaka Hanafi yang bakal bertanding mewakili Malaysia juga amat dialu-alukan.
Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Maybank 564164441218 dengan nama Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Malaysia
#pusaka hanafi
#selebriti
#silat
#vanidah imran
#vanidah wakil negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan