KUALA LUMPUR: Isteri pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding, Liv Lo Golding selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita gembira itu dikongsi oleh bintang filem Crazy Rich Asians itu dalam kemas kini di laman Instagramnya, hari ini.
Dalam entri tersebut, Henry turut memuatnaik sekeping foto menunjukkan dia tersenyum menatap wajah anaknya yang sedang dalam pelukan Liv Lo.
"Wanita ini adalah segala-galanya buat saya, yang tidak pernah saya bayangkan. Kekuatannya merupakan kegembiraan terbesar buat diri saya.
"Terima kasih. Saya sayang kamu," demikian tulis Henry dalam entri tersebut pada Selasa.
Bagaimanapun, pemuda kelahiran Betong, Sarawak itu tidak mendedahkan secara terperinci mengenai jantina dan masa kelahiran anak sulungnya itu.
Henry, 34, dan Liv Lo, 35, yang juga selebriti TV di Taiwan mula berkenalan pada 2011.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2016.
Astro Awani
Tue Apr 06 2021

Berita gembira itu dikongsi oleh bintang filem Crazy Rich Asians itu dalam kemas kini di laman Instagramnya, hari ini - Gambar Instagram/henrygolding

PKPD | Beberapa kawasan di Tawau, Kota Bharu dan Bentong
Berkuatkuasa hari ini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua kawasan di Tawau Sabah, dua kawasan di Bentong dan satu kawasan di Kota Bharu. PKPD ini akan dilaksanakan sehingga 30 April.

PKPD | Penduduk rayu diberi kelonggaran
Sementara itu, biarpun akur dengan keputusan kerajaan, penduduk di Tawau merayu kerajaan beri sedikit kelonggaran dalam pelaksanaan PKPD supaya mereka ada ruang menjana pendapatan. Jika tidak, mereka mohon kerajaan terus salurkan bantuan bakul makanan, agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu
Putera Philip akan dikebumikan dalam satu upacara sederhana mengikut istiadat diraja dan bukan pengebumian negara.

'Haiwan misteri' bertenggek di pokok rupa-rupanya....
Pihak berkuasa mendapati 'haiwan' itu bukan seekor burung, jauh sekali haiwan berbisa, sebaliknya ia adalah croissant.

Pelakon Vivek meninggal dunia akibat serangan jantung
Pelakon popular India, Vivek yang dimasukkan ke Hospital SIMS di Vadapalani selepas diserang sakit jantung, meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi, waktu tempatan hari ini (Malaysia 7.05 pagi).

Masa 'musuh' utama Che Adam tawan tujuh puncak gunung
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berjaya menakluki tujuh puncak gunung di Semenanjung Malaysia dalam tempoh seminggu.

40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin - KP Kesihatan
Ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19 dengan kebarangkalian simptom yang tidak teruk.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught Malaysia kini 1.18 | PKPD di Tawau, Kota Bharu & Bentong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kalau 'tekan' kuat sangat, saya mungkin bertanding lagi pada PRU15 - Tun M
Beliau ketika ini berada dalam keadaan serba salah memandangkan keputusan awal yang dibuatnya sebelum ini adalah tidak mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.

AWANI Pagi: Evolusi seni helaian tudung era kini
Fesyen hijab dengan kreativiti para pereka telah memenuhi sebahagian daripada tuntutan zaman terutama dalam zaman pasca modenisme. Kalau dahulu wanita bertudung dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Berbeza hari ini, dengan kemunculan pelbagai trend dan fesyen tudung di pasaran telah mendorong lebih ramai wanita memakai hijab. Hari ini kita bawakan dua gaya dari dua jenama. Kita bersama pelukis, Amy Hashim, yang mengeluarkan Aha Scarves dan Ketua Pegawai Pembangunan Peniagaan Bokitta Malaysia Datin Ayu Roslan.

Anugerah Oscar: Barisan pelakon ternama diumumkan sebagai penyampai
Antara nama popular yang didedahkan adalah pelakon Brad Pitt, Halle Berry, Harrison Ford dan Reese Witherspoon.

Wanita ini adalah segala-galanya - Henry Golding ungkap penghargaan buat isteri sempena kelahiran anak
Berita gembira itu dikongsi oleh bintang filem Crazy Rich Asians itu dalam kemas kini di laman Instagramnya, hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 4 April 2021.

Filem 'Black Widow' ditayang bermula Julai
"Black Widow" yang sepatutnya ditayang 7 Mei depan, ditunda tayangan ke 9 Julai.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pelakon Hollywood Armie Hammer dituduh merogol
Armie merupakan suspek utama dalam kes serangan seksual yang dilaporkan kepada polis pada 3 Februari lalu.

Setelah hampir 100 tahun, ngauman singa MGM akan ditukar ke versi baharu
Setelah hampir lebih dari 100 tahun Leo the Lion berkhidmat sebagai maskot studio perfileman Metro-Goldwyn-Mayer (MGM), akhirnya ia digantikan dengan logo Grafik Komputer (CG).

Anjing peliharaan Lady Gaga selamat dipulangkan
Koji dan Gustav selamat dipulangkan tanpa sebarang kecederaan ke balai polis di Los Angeles.

Kelahiran dan pemergian bintang ternama Hollywood tanggal 27 Februari
Hari ini, pada 27 Februari, satu ketika dahulu, dua watak tersohor Hollywood ini hadir mewarnai dunia hiburan dan pergi meninggalkan memori yang terpahat di ingatan selamanya.

Lady Gaga tawar RM2 juta pulangkan 'Koji' dan 'Gustav'
Anjing peliharaannya, Koji dan Gustav dipercayai dilarikan perompak dalam insiden tembakan di Hollywood.