Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC

MyCC sudah mengeluarkan Keputusan Cadangan terhadap semua perusahaan terbabit selepas mendapati wujud elemen perbincangan dan persetujuan untuk menetapkan harga lantai.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 perusahaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti kewangan selepas disiasat atas dakwaan terbabit kartel penetapan harga.
Ringkasan AI
- 31 perusahaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berisiko penalti kewangan akibat disyaki terlibat dalam kartel penetapan harga.
- MyCC menemui bukti wujud perbincangan dan persetujuan dalam mesyuarat persatuan untuk menetapkan harga lantai perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.
- Keputusan Cadangan MyCC merupakan langkah awal dan perusahaan terlibat diberi tempoh 30 hari untuk memberi representasi bertulis sebelum keputusan akhir diumumkan.
"Keputusan tersebut kemudiannya diumumkan secara terbuka menerusi akaun Facebook rasmi persatuan, dengan harga lantai itu dilaporkan berkuat kuasa mulai tahun 2024.
"Perjanjian berkenaan disyaki mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau menjejaskan persaingan secara ketara dalam pasaran perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di negeri Kelantan, sekali gus menafikan pilihan serta harga berpatutan kepada pengguna," ujar Idris dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun MyCC menjelaskan Keputusan Cadangan itu merupakan dapatan awal dan tidak boleh dianggap sebagai keputusan muktamad bahawa perusahaan terbabit telah melanggar Akta Persaingan 2010.
"Kesemua 31 perusahaan berkenaan telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan dan diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi bertulis selepas menerima Keputusan Cadangan tersebut.
"Mereka juga diberi peluang untuk membuat pembentangan representasi lisan di hadapan Suruhanjaya pada tarikh yang akan ditetapkan kelak," kata Idris.
Keputusan Akhir hanya akan dikeluarkan selepas semua representasi diteliti dan dipertimbangkan bersama bukti yang diperoleh sepanjang siasatan dijalankan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


