VIDEO yang menunjukkan anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar ketika berjumpa adiknya, Alisa Aisyah yang baru dilahirkan pada 24 Mei lalu menarik perhatian peminat.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) Hairul menunjukkan Yusuf menerima sebuah hadiah daripada Alisa.

"Hadiah untuk Yusuf. Hadiah dari Alisa.

"Hadiah kasih sayang. Hadiah pertama untuk mereka sayang antara satu sama lain buat selama-lamanya. #InsyaAllahThankYou," tulisnya.

Respon dan gelagat Yusuf menarik perhatian pengikut laman sosialnya yang jelas terpancar kasih sayang seorang abang kepada adik.

Yusuf kelihatan teruja serta mengucapkan terima kasih sambil mencium Alisa.

Rata-rata netizen berasa sebak melihat gelagat Yusuf dan memuji cara didikan Hairul dan Hanis.

Yusuf dilahirkan pada 3 Jun 2016.

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.

Hadiah utk Yusuf, Hadiah dari Alisa, Hadiah kasih sayang, Hadiah pertama utk mereka sayang antara satu sama lain buat selama-lamanya #InsyaAllahThankYou

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on