awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wings teruja buat penampilan antarabangsa pertama

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
28/08/2022
00:03 MYT
Wings teruja buat penampilan antarabangsa pertama
Awie, vokalis utama Wings, menyampaikan 16 lagu di Kuching malam tadi, bermula dengan Pentas Opera, diikuti lagu hit lain termasuk Taman Rashidah Utama, Bujang Senang, Sejati dan Gemuruh. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Kumpulan rock terkemuka negara, Wings, berharap penampilan pertama mereka di pentas antarabangsa bulan depan akan menjadi pembuka pintu untuk terus kukuh dalam industri. Vokalis utamanya, Awie berkata, mereka sangat teruja kerana ia langkah pertama mereka ke arena global selepas 37 tahun aktif di pentas. "Kami berlatih siang malam tanpa jemu untuk tujuan ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan konsert Wings: One Night Only Live In Kuching di Hotel Riverside Majestic di sini.
Dalam konsert tersebut, kumpulan yang dianggotai lima pemuzik ini menyampaikan 16 lagu, bermula dengan Pentas Opera. Ia diikuti dengan beberapa lagu hit kumpulan itu seperti Taman Rashidah Utama, Bujang Senang, Sejati dan Gemuruh. Pelantun yang nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman itu berkata, persembahan pada 30 Sept kelak akan berlangsung di Singapura, sempena kejohanan Perlumbaan F1 di negara tersebut. Artis lain yang turut membuat persembahan termasuk Green Day, Weslife, Marshmello dan Black Eyed Peas. Ditanya tentang penglibatannya dalam lakonan, Awie berkata, beliau ada merancang untuk kumpulan Wings berlakon bersama dalam drama bersiri. "Tetapi permintaan untuk kami ketika ini masih 'mengganas'. "Mungkin pada tahun depan, setelah keadaan reda dan kami dapat berehat, kita akan merealisasikan perancangan ini," tambahnya lagi.
Awie bercakap pada sidang media selepas konsert Wings: One Night Only Live In Kuching di Hotel Riverside Majestic, Kuching, 27 Ogos 2022. Foto Astro AWANI
Awie bercakap pada sidang media selepas konsert Wings: One Night Only Live In Kuching di Hotel Riverside Majestic, Kuching, 27 Ogos 2022. Foto Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Wings
#Awie
#Singapura
#konsert
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan