awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTube enggan tunduk dengan muzik indie

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2014
04:24 MYT
YouTube enggan tunduk dengan muzik indie
YouTube enggan tunduk dengan muzik indie.
Organisasi muzik Indie mengesahkan bahawa YouTube enggan membatalkan hasrat untuk melancarkan perkhidmatan muzik streaming, walaupun telah menjalankan perbincangan selama 24 jam.
Badan yang mewakili komuniti muzik indie Worldwide Independent Network (WIN) berang apabila YouTube sebelum ini mengeluarkan amaran untuk memadam muatnaik yang dibuat oleh ahli mereka sekiranya mereka enggan mendaftar dengan perkhidmatan itu.
Sumber dari WIN memberitahu AFP, beberapa pegawainya telah melakukan perbincangan dengan YouTube dan meminta syarikat milik Google itu menarik balik syarat yang dikenakan itu sehingga hujung minggu ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan WIN pada Jumaat, ia menyifatkan ugutan YouTube itu sebagai “tidak perlu dan tidak dapat dipertahankan”.
YouTube turut dilapor telah mengadakan perbincangan berasingan dengan Sony, Warner dan Universal, namun tidak dengan Organisasi muzik Indie.
Satu sumber dari sebuah label bebas pula berkata, WIN telah memberikan YouTube tempoh 24 jam untuk membatalkan amaran itu.
Menurut WIN lagi, kontrak yang ditawarkan YouTube ialah “sangat tidak menguntungkan dan tidak boleh dirunding”.
Seorang jurucakap YouTube bagaimana pun enggan mengulas lanjut kerana menurutnya, perbincangan masih lagi berlangsung.
YouTube merupakan sumber musik percuma atas talian terbesar di dunia, namun ia dikatakan sedang merancang satu perkhidmatan berbayar untuk menandingi pesaingnya seperti Spotify.
Laporan media Amerika Syarikat menyebut bahawa perkhidmatan itu akan dinamakan MusicPass dan akan mengenakan caj AS$5 untuk perkhidmatan dengan iklan atau AS$10 tanpa iklan.
Topic Berkaitan
#MusicPass
#Spotify
#win
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan