awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahiril Adzim kongsi perasaan bawa orang sakit dalam 'Lockdown 2'

Gempak
Gempak
10/06/2022
02:00 MYT
Zahiril Adzim kongsi perasaan bawa orang sakit dalam 'Lockdown 2'
Zahiril Adzim berkongsi pengalaman mereka menjadi sebahagian daripada barisan hadapan ketika menjalankan penggambaran drama "Lockdown 2". -Gempak
AKTOR terkenal Zahiril Adzim berkongsi pengalaman mereka menjadi sebahagian daripada barisan hadapan ketika menjalankan penggambaran drama "Lockdown 2".
Menurut Zahiril Adzim, atau nama sebenarnya Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 38, pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dia merasai sendiri pengalaman membawa van ambulans.
“Dalam cerita ni saya membawakan watak Ramadhan, Ramadhan ni pula ialah seorang pemandu van ambulan.
“Mula-mula pemilik ambulans ajar saya dulu, mereka bagi saya kenal dulu bahagian di dalam ambulans, macam siren.
“Bila saya memandu tu, saya dapat tahu inilah perasaan sebenar jika membawa orang sakit bersama.
“Bila jadi pemandu ambulans ni, satu je tujuan kita, nak bawa pesakit tu secepat mungkin dengan selamat terus ke hospital,” katanya.
Selain Zahiril Adzim, antara barisan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Rozita Che Wan, Janna Nick dan ramai lagi yang turut membintangi drama "Lockdown 2".
"Lockdown 2" mengisahkan kelangsungan hidup masyarakat tempatan selama dilanda pandemik COVID-19 dan impak yang dihadapi mereka selama berada di dalam kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ada yang sengsara kehilangan pekerjaan, punca mata pencarian, tekanan perasaan, hilang ahli keluarga dan sebagainya.
Drama "Lockdown 2" kini ditayangkan setiap Isnin, jam 9 malam bermula 6 hingga 30 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Zahiril Adzim
#pemandu ambulans
#pandemik
#Lockdown 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan