awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam

Bernama
Bernama
02/06/2022
02:30 MYT
1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam
Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,180,415 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,728,942 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,914,722 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, sejumlah 16,100,274 atau 68.4 peratus individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, sebanyak 22,975,123 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,598 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,947,904.
Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19 semalam dengan masing-masing satu kes di Johor dan Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#suntikan vaksin COVID-19
#kes kematian
#vaksin kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan