KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,290 kes sembuh direkod hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 346,295.

Berikut antara tumpuan kenyataan harian Kementerian Kesihatan (KKM) pada Selasa.

1. Malaysia mencatatkan pertambahan 1,767 lagi kes positif baharu COVID-19, menjadikan kes kumulatif jangkitan setakat ini kepada 363,940.

2. Sarawak merekodkan jumlah kes jangkitan COVID-19 tertinggi, sebanyak 607 kes diikuti Selangor dengan 483 kes.

3. Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes.

4. Terdapat 12 kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Sabah dan Sarawak, tiga kes di Selangor dan satu kes di Terengganu.

5. Sebanyak sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti membabitkan Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah,  Melaka dan Johor.

BACA: COVID-19: 1,767 kes baharu, Sarawak rekod kes tertinggi