Kenderaan berat lebih 5 tan dilarang guna jambatan angkat mulai 1 Jan 2026

Langkah ini diambil untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan melindungi keutuhan struktur jambatan. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Semua kenderaan berat tanpa muatan (BTM) atau berat dengan muatan (BDM) melebihi lima tan dan ketinggian melebihi 3.5 meter tidak dibenarkan melalui Jambatan Angkat atau Drawbridge mulai 1 Jan depan.
Ringkasan AI
- Kenderaan berat tanpa muatan atau berat dengan muatan melebihi lima tan dan ketinggian lebih dari 3.5 meter tidak dibenarkan melalui Jambatan Angkat mulai 1 Januari depan.
- Langkah ini diambil untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan melindungi keutuhan struktur jambatan.
- Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai had muatan dan ketinggian melalui laman sosial rasmi Kuala Terengganu Drawbridge.
"Untuk makluman, papan tanda amaran had muatan serta papan kenyataan akta dan undang-undang telah dipasang di jalan-jalan utama ke Jambatan Angkat.
"Selain itu amaran had ketinggian di skrin LED juga telah dipasang di Jambatan Angkat bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa peka terhadap had muatan ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Awasi berkata kenderaan BTM atau BDM melebihi lima tan dan ketinggian melebihi 3.5 meter perlu menggunakan laluan alternatif iaitu Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir di sini yang merupakan antara laluan penghubung Kuala Nerus dengan pusat bandar Kuala Terengganu.
"Laluan alternatif penyuraian serta kawasan parkir khas terutama bas pelancong yang berkunjung ke Jambatan Angkat turut disediakan.
"Orang awam dan pengguna jalan raya boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sosial rasmi Kuala Terengganu Drawbridge," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa kenderaan berat dengan muatan melebihi lima tan dan ketinggian lebih dari 3.5 meter tidak dibenarkan melalui Jambatan Angkat? A: Langkah ini diambil untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan untuk melindungi keutuhan struktur jambatan.
- Q: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh kenderaan yang tidak mematuhi had muatan dan ketinggian yang ditetapkan? A: Kenderaan yang tidak mematuhi had tersebut perlu menggunakan laluan alternatif seperti Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

