NATIONAL
1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara

Sebanyak 1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di beberapa lokasi titik panas di sekitar ibu negara malam tadi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di beberapa lokasi panas di sekitar ibu negara, malam tadi.
Ringkasan AI
- Operasi Samseng Jalanan: PDRM menjalankan pemeriksaan terhadap 1,300 motosikal di beberapa lokasi di Kuala Lumpur untuk mengurangkan kes kemalangan dan menangani aduan bunyi bising motosikal pada waktu malam.
- Kesalahan Dikesan & Tindakan: Pelbagai kesalahan seperti ubah suai kenderaan, tiada lesen memandu, dan tiada cukai jalan ditemukan, dengan ada yang cuba melawan arus untuk mengelak pemeriksaan. Sebanyak 1,006 saman dikeluarkan oleh PDRM, manakala JPJ mengeluarkan 206 saman, serta 55 motosikal dan sebuah kereta disita.
- Peringatan kepada Ibu Bapa: PDRM menggesa ibu bapa memantau anak-anak mereka, terutama menjelang Sidang Kemuncak ASEAN, kerana kegiatan lumba haram dan bunyi bising motosikal boleh memberi imej buruk kepada negara.
"Dalam operasi ini kita telah mengesan pelbagai kesalahan seperti ubah suai kenderaan, tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan, malah ada yang cuba melarikan diri dengan melawan arus kerana tidak mahu diperiksa dalam sekatan jalan raya.
"Saya ingin menyeru orang ramai terutama ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka, lebih-lebih lagi ketika Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung tidak lama lagi kerana kegiatan berlumba dan membuat bising dengan motosikal boleh memalukan negara," katanya kepada pemberita ketika operasi berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam operasi berkenaan yang berakhir 4.30 pagi tadi, PDRM telah mengeluarkan 1,006 saman manakala Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut menyertai operasi mengeluarkan 206 saman.
Sebanyak 55 motosikal dan sebuah kereta turut disita.
Sementara itu, tinjauan di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Ampang mendapati penunggang motosikal cuba melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus tanpa memikirkan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain demi mengelak daripada pemeriksaan.
Namun percubaan itu dihidu polis bermotosikal yang bersedia untuk menghalang mereka daripada melarikan diri.
- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami