KUALA LUMPUR: Seramai 1.44 juta murid dan pelajar terdiri daripada Kumpulan A melibatkan Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata secara keseluruhannya, terdapat seramai lima juta murid serta pelajar mengikuti sesi persekolahan 2024/2025 dengan Kumpulan B akan memulakan sesi akademik esok.
Kumpulan B melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
"Terdapat lima juta murid daripada (peringkat) prasekolah sehingga tingkatan enam, manakala di Johor sahaja, ada 602,619 orang (murid dan pelajar)," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di JOHOR, hari ini.
Di TERENGGANU, Pengarah Pendidikan Negeri Jelani Sulong berkata seramai 234,789 pelajar tahun satu hingga tingkatan lima memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini di 506 sekolah di negeri itu.
"Jumlah tersebut merangkumi 134,380 murid sekolah rendah dan 100,409 pelajar sekolah menengah," katanya ketika ditemui pemberita di SMK Serada, di Kuala Terengganu.
Di KELANTAN, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata seramai 251,185 pelajar memulakan sesi persekolahan di negeri itu bagi sesi persekolahan 2024/2025.
"Sesi persekolahan kali ini dibuka ketika cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara. Oleh itu, kami minta semua pihak berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga," katanya kepada pemberita selepas meninjau di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1, Kota Bharu.
Tinjauan Bernama di sekolah berkenaan juga mendapati murid hadir ke sekolah seawal 7 pagi dan turut diceriakan dengan maskot watak animasi BoiBoi Boy, Transformers dan Hello Kitty.
Sementara itu, di KEDAH, Pengarah Pendidikan Negeri Ismail Othman berkata seramai 200,793 murid di 548 sekolah rendah dan 153,918 pelajar di 204 sekolah menengah memulakan sesi akademik hari ini.
"Terdapat seramai 31,110 murid memasuki tahun satu dan 31,090 murid memasuki tingkatan satu dan setakat ini semua sesi persekolahan di Kedah berjalan lancar," katanya selepas meninjau sesi pembukaan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, di Alor Setar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Terdapat seramai lima juta murid serta pelajar mengikuti sesi persekolahan 2024/2025 dengan Kumpulan B akan memulakan sesi akademik esok. - Gambar fail/Bernama
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1.44 juta murid, pelajar mulakan sesi persekolahan di empat negeri hari ini
Seramai 1.44 juta murid dan pelajar terdiri daripada Kumpulan A melibatkan Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah memulakan sesi persekolahan 2024/2025 hari ini.
Sesi persekolahan 2024/2025 bermula Mac 2024
Sesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024 manakala sesi 2025 pada Februari 2025 bertujuan kembalikan sesi persekolahan 2026 kepada Januari.