MALAYSIA
1,443 kandungan jelik libatkan kanak-kanak diturunkan setakat 15 Julai - Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzi bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,443 kandungan jelik dan melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan penyedia perkhidmatan media sosial dari pelbagai platform digital antara 1 Jan 2022 hingga 15 Julai lepas.
Ringkasan AI
- 1,443 kandungan melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan oleh platform media sosial kerana melanggar undang-undang dan garis panduan komuniti.
- MCMC menjalankan libat urus dengan platform seperti YouTube dan TikTok untuk memastikan algoritma tidak mempromosikan kandungan toksik dan memudaratkan kognitif kanak-kanak.
- Kempen Internet Selamat diteruskan di sekolah dan institusi pengajian tinggi sebagai langkah pendidikan dan kawalan kandungan digital, melibatkan lebih 60,000 pelajar setakat ini.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan sesi libat urus berterusan dengan penyedia platform seperti YouTube dan TikTok untuk memastikan algoritma mereka lebih telus dan selaras dengan peraturan tempatan.
"Ini termasuk keperluan untuk mengehadkan pendedahan pengguna kepada kandungan berunsur negatif atau memudaratkan," katanya.
Selain itu, Fahmi berkata bermula 1 Jan lepas, penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang memenuhi kriteria pelesenan diwajibkan memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi sebagai langkah kawal selia kandungan dan pengurusan algoritma lebih bertanggungjawab.
Beliau berkata Kod Tatalaku yang diterbitkan MCMC turut mewajibkan langkah seperti verifikasi umur, kawalan ibu bapa yang efektif, fungsi keselamatan untuk kanak-kanak serta audit kandungan secara berkala.
Fahmi berkata Kempen Internet Selamat yang dilancarkan awal tahun ini juga giat dilaksanakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan lebih 60,000 pelajar terlibat setakat ini.
"Buat masa ini, kempen ini akan dilaksanakan di 10,000 sekolah, institusi pengajian tinggi serta Institut Pendidikan Guru melalui beberapa inisiatif libat urus dan kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti awam seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami