IPOH: Sebanyak 1,465 unit rumah kos rendah dan sederhana akan dibina di bandar raya Ipoh yang memberi fokus dan manfaat kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.
Projek pembinaan rumah tersebut merupakan sebahagian daripada memorandum persefahaman (MoU) di antara syarikat pemaju tempatan, Mysuccess Land Sdn. Bhd. dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata projek yang akan bermula pada hujung tahun itu dapat meningkatkan mutu kehidupan warga Ipoh, dengan memberi keutamaan kepada golongan B40 untuk memiliki hartanah.
Katanya lagi, ia merupakan sebuah projek perumahan kos rendah dan sederhana yang terbesar di Ipoh sejak 15 tahun lalu.
"Tanah seluas 82.53 ekar yang dimiliki oleh pihak syarikat akan menempatkan sebanyak 1,465 unit hartanah kos rendah dan sederhana.
"Pihak syarikat akan memberi komitmen dan keutamaan kepada anggota MBI yang layak untuk memiliki hartanah ini sekali gus merealisasikan keinginan memiliki kediaman sendiri sebagai penghargaan kepada anggota-anggota Majlis.
"Kerjasama ini juga ada kuota untuk warga MBI sebanyak 30 peratus. Diskaun keseluruhan sebanyak RM1.6 juta.
"Staf kita pun masih ramai yang tidak memiliki rumah sendiri. Jadi kita bincang dengan pihak syarikat untuk beri peluang kepada mereka, khususnya menerusi rumah yang bakal dibina ini," katanya.
Jelas Rumaizi lagi, individu yang berminat untuk membeli rumah tersebut boleh mendaftar di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP).
"Mereka perlu daftar dengan LPHP, dan jika semua setuju proses pembelian boleh dibuat.
"Sebab matlamat kita adalah 30 peratus kuota untuk staf MBI dan selebihnya untuk rakyat Ipoh.
"Kita faham ramai lagi rakyat Ipoh tidak memiliki rumah sendiri, jadi kita sediakan rumah dengan harga murah. Sebab sekarang untuk cari rumah teres standard RM180,000 memang susah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Mysuccess Land Sdn. Bhd. dan MBI.
Hadir sama, Pengarah Mysuccess Land Sdn. Bhd. Andrew Chan Wai Hoe.
Sementara itu, Andrew berkata projek perumahan itu akan dibangunkan di Taman Lahat Baru.
Ujarnya lagi, harga rumah kos rendah kira-kira RM90,000 manakala sederhana pula RM180,000.
"Syarat untuk pembelian mengikut yang ditetapkan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP).
"Untuk rumah kos rendah pendapatan isi rumah tidak lebih RM3,000 manakala sederhana pula RM7,000. Syarat utamanya mereka tidak pernah memiliki rumah sebelum ini maksudnya ini rumah pertama.
"Sasaran projek pembinaan bermula pada Disember ini dan siap pada awal 2025," katanya.
Pada majlis itu turut diadakan penyampaian replika cek tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Persatuan Kek Look Seah.
Ia dihadiri oleh Pengurus Besar TNB Perak, Datuk Sharudin Mohd Simin serta Pengerusi Kek Look Seah, Chung Yew Tong.
Program Baiti Jannati CSR Ipoh Smart City merupakan program kerjasama TNB bersama MBI bagi kerja kerja baik pulih rumah untuk asnaf.
Manakala, program CSR bersama pertubuhan Perkuburan Bukan Islam Kek Look Seah bertujuan membantu golongan B40 dalam urusan pengebumian khas untuk orang bukan Islam.
Aida Aziz
Mon Sep 05 2022
Rumaizi dan Andrew Chan Wai Hoe pada sesi menandatangani MoU di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat, negeri lain berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis merekodkan peningkatan petang ini berbanding pagi tadi manakala di Johor, Perak, Selangor, Melaka dan Pahang berkurangan.
AWANI Borneo [08/10/2024] - Akademi aeroangkasa dilancar | Elak kelewatan projek | Penstrukturan semula ekonomi
Tumpuan Awani Borneo 8 Oktober 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Sarawak mula langkah jadi jaguh industri aeroangkasa di rantau Asia.
2. Tidak perlu tunggu geran tanah laksana projek Persekutuan - Hajiji
3. Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak - penganalisis
1. Sarawak mula langkah jadi jaguh industri aeroangkasa di rantau Asia.
2. Tidak perlu tunggu geran tanah laksana projek Persekutuan - Hajiji
3. Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak - penganalisis
Polis tumpas kegiatan proses, jual air ketum di Sungai Buloh
Polis menumpaskan kegiatan memproses dan menjual air ketum yang disyaki berselindung di sebalik sebuah syarikat landskap dalam serbuan di Sungai Buloh.
[TERKINI] Majlis Penutup Forum Khazanah Megatrends 2024
Turkiye bawa keluar rakyat dari Lubnan, hantar kapal tentera laut
Turkiye mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan memindahkan rakyatnya dari Lubnan pada Rabu melalui laluan laut berikutan pengeboman Israel di negara itu yang semakin meningkat, lapor Xinhua.
Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Joko Widodo telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur pada Januari 2025.
Baki dua hari, bancian Sabah capai 98.2 peratus
Banci pertanian 2024 yang akan tamat pada 10 Oktober ini telah mencapai 98.2 peratus di negeri Sabah, sementara bagi seluruh negara adalah sebanyak 96.4 peratus.
Belanjawan 2025 diharap ambil kira keperluan industri media di Sabah
Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah Datuk Lichong Angkui berkata pengamal dan industri media di negeri itu perlu diberi galakan berupa insentif dan subsidi memandangkan prasarana telekomunikasinya masih ketinggalan berbanding di Semenanjung disebabkan keadaan geografi dan topografinya.
Kes demam denggi meningkat pada ME39, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,760 kes pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME39) iaitu bagi tempoh 22 hingga 28 September lepas berbanding 1,514 kes pada minggu sebelumnya.
SPRM tahan dua individu termasuk seorang datuk
Kedua-dua suspek lelaki dan wanita ini masing-masing berjawatan sebagai pengerusi dan pengarah sebuah syarikat yang menguruskan pembelian dan penjualan minyak diesel bersubsidi.
Pemaju projek perumahan baharu di Melaka wajib bina rumah kos rendah, sederhana rendah
Pemaju perumahan di Melaka khususnya melibatkan projek pembinaan baharu diwajibkan untuk membangunkan rumah kos rendah dan sederhana rendah di negeri itu.
Had kelayakan pendapatan pembeli rumah kos rendah di Perak akan dinaikkan - MB
Kerajaan negeri bercadang menaikkan had kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM3,860 kepada RM5,000 sebulan bagi pembeli rumah kos rendah di Perak.
Penghuni rumah mampu milik tidak mampu berpindah keluar - Kajian PropertyGuru
Empat dari lima keluarga yang menghuni rumah mampu milik atau perumahan kos rendah dan sederhana cenderung untuk kekal dalam jenis perumahan yang sama seumur hidup.
1,465 rumah kos rendah, sederhana bantu golongan B40 miliki rumah pertama di Ipoh
1,465 unit rumah kos rendah dan sederhana akan dibina di bandar raya Ipoh yang memberi fokus dan manfaat kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.
Agih rumah kos rendah ikut kuota politik bukan dasar kerajaan - KPKT
Sesiapa juga ahli politik boleh memberi janji itu untuk mendapatkan sokongan, namun ia bukanlah sesuatu dasar kerajaan yang muktamad.
PH optimis bina 100,000 rumah mampu milik dan kos rendah tahun ini
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah mengenal pasti lokasi 100,000 buah rumah mampu milik dan kos rendah untuk dibangunkan pada tahun ini.
KPLB teruskan program PPRT di Kelantan - Rina Harun
Sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk membina 190 unit PPRT dan 1,094 rumah dibaik pulih pada tahun hadapan.
Kerajaan P.Pinang cadang beli semua rumah kos rendah daripada pemilik
Kerajaan Pulau Pinang sedang meneliti perancangan untuk membeli semula rumah kos rendah yang pemiliknya telah berjaya menaik taraf status sosioekonomi mereka.
Penantian 6 tahun pembeli rumah teres di Jawi bakal berakhir
Zuraida yang meninjau tapak perumahan di Jawi itu memberi jaminan bahawa projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh terdekat.
Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah
Terdapat satu projek dibangunkan Perda di Teluk Bahang terpaksa menyerahkan 60 unit rumah kos rendah daripada 100 unit yang dibina kepada kerajaan negeri untuk memperoleh kelulusan.